Afrika Selatan tersungkur dengan 130 larian

PEMUTAR Afrika Selatan, Michael Cohen melakukan serbuan ke atas pemukul Sri Lanka dalam perlawanan hari kedua Cabaran Kriket Bawah 15 Antarabangsa di Bayuemas Oval, 5 April 2011.KUALA LUMPUR - Sri Lanka meneruskan penguasaan dengan memastikan kemenangan besar ke atas Afrika Selatan dengan 130 larian pada hari kedua Cabaran Kriket Bawah 15 Antarabangsa di Bayuemas Oval, Klang pada 5 April 2011.
 
Setelah mengatasi Malaysia dengan 69 larian pada 4 April, pemukul Sri Lanka semakin bersemangat apabila melakukan 208 larian dalam 39.2 over. Madhawa Nimesh (48 larian) dan Thimira Jayasinghe (40) masing-masing menguasai lapangan tengah di samping pemutar, Janith Dias yang meranapkan lima wiket Afrika Selatan dengan analisis 5-24.
 
''Nampaknya semua menjadi untuk Sri Lanka mempertahankan Trofi Tuanku Ja'afar lagi. Kami akan memastikan semua pemain bersedia untuk mengemudi dua lagi kemenangan sebelum beraksi dalam babak akhir 10 April ini, '' kata pengurus Sri Lanka, Nihal Fernando.
 
Afrika Selatan kehilangan empat wiket dalam sepuluh over awal dan apabila berkedudukan 76-8 dalam pertengahan misi memburu larian, skuad berkenaan sudah membayangkan ketandusan pemukul untuk memintas angka tinggi Sri Lanka.
 
''Kami terpaksa memikirkan buruan kemenangan pada pertemuan dengan tuan rumah esok (hari ini) bagi melonjakkan semangat pemain di tahap tinggi dalam pertemuan akan datang,'' kata pengurus Afrika Selatan, Haroun Teladia.
 
Pertandingan tahunan yang dianjurkan oleh Persatuan Kriket Melayu Malaysia sejak tahun 2004 itu merupakan aturcara pendedahan untuk barisan tempatan dengan pasukan dari negara elit kriket dunia.

 
KEPUTUSAN:
 
Sri Lanka kalahkan Afrika Selatan dengan 130 larian.
Sri Lanka 208 (39.2 over) Madhawa Nimesh 48, Thimira Jayasinghe 40, Pathum Madusanka 33. Robin Kriel 3-31, Jay Stevens 2-44.
Afrika Selatan 78 (22.1 over) Abdu Dayyangaliem 24, Tawfeeq Moos 16. Janith Dias 5-24, Thimira Jayasinghe 2-5, Lochona Ruwin Mohotti 2-10.
Pemain terbaik: Janith Dias (Sri Lanka)
Pengadil: Sri Murigak Madhavan (SEL); Hafiz Zaman Huri (NS)
 
JADUAL 6 APRIL:
 
MALAYSIA lwn AFRIKA SELATAN
(Bayuemas Oval, 9.30 pagi)

PEMUTAR Afrika Selatan, Michael Cohen melakukan serbuan ke atas pemukul Sri Lanka dalam perlawanan hari kedua Cabaran Kriket Bawah 15 Antarabangsa di Bayuemas Oval, 5 April 2011.

PEMUTAR Afrika Selatan, Michael Cohen melakukan serbuan ke atas pemukul Sri Lanka dalam perlawanan hari kedua Cabaran Kriket Bawah 15 Antarabangsa di Bayuemas Oval, 5 April 2011.