Sri Lanka bermula cemerlang

PEMUTAR kidal Malaysia, Anwar A. Rahman menyerbu pemukul Sri Lanka dalam Cabaran Kriket Bawah 15 Antarabangsa di Bayuemas Oval, semalam.KUALA LUMPUR - Juara bertahan, Sri Lanka memastikan penguasaan dalam pembukaan Cabaran Kriket Bawah 15 Antarabangsa apabila mengatasi Malaysia dengan 69 larian di Bayuemas Oval, Klang pada 4 April 2011.
 
Malaysia yang memenangi undian menggunakan peluang keemasan itu untuk memaksa pelawat memadang terlebih dahulu dan berjaya meranapkan lima wiket lawan pada 21 over perlawanan dengan hanya 97 larian di papan catatan.
 
''Serbuan kami menjadi ditambah pula dengan kelembapan padang pada waktu pagi. Tetapi kepakaran Sri Lanka menghabiskan 10 over terakhir yang menghasilkan lebih 60 larian. Ini yang memberi kelebihan kepada mereka,'' kata pengurus Malaysia, Mohsain Hashim.
 
Sri Lanka melonjakkan angka dari 129-6 dalam 30 over ke angka 191 untuk menamatkan pukulan pasukan berkenaan.
 
Malaysia bermula dengan malang selepas sajian tengah hari apabila kehilangan tiga wiket dalam 10 over pertama dan tiga lagi tersungkur dalam 10 over berikut sebelum mencapai angka pasukan berjumlah 122 larian.
 
''Kami bersedia untuk menguasai pertemuan kedua esok (5 April) apabila bertemu finalis tahun lalu, Afrika Selatan. Dengan kemenangan pertama ini, barisan Sri Lanka akan memastikan mangsa kedua dijinakkan,'' kata pengurus Sri Lanka, Nihal Fernando.
 
Pemukul Sri Lanka, Pathum Madusanka yang mencapai pukulan 50 dinamakan pemain terbaik perlawanan berkenaan.

 
KEPUTUSAN:

Sri Lanka kalahkan Malaysia dengan 69 larian.
Sri Lanka 191 (39.5 over) Pathum Madusanka 52, Dineth Thimodya 37, Sithara Gimhan 29, Thimira Jayasinghe 21, Lahiru Vimukti 20.  Niroshan De Silva 3-26, Danial Emir Eizzat  Fzulkifli 2-32, Azwar Tajri 2-38,
Wafiq Irfan Zarbani 2-50.
Malaysia 122 (37.5 over) Faiz Ahmad Nasir 24, Fazrul Hussin 20, Norhamizan Hamidon 17.
Geeshath Panditharatne 3-26, Madhawa Nimesh 2-18.
Pemain terbaik : Pathum Madusanka (Sri Lanka)
Pengadil : Sri Murigak Madhavan (SEL) Faizshal Niaz-Lyn (KL)

JADUAL 5 APRIL

AFRIKA SELATAN mln SRI LANKA
(Bayuemas Oval, 9.30 pagi)

PEMUTAR kidal Malaysia, Anwar A. Rahman menyerbu pemukul Sri Lanka dalam Cabaran Kriket Bawah 15 Antarabangsa di Bayuemas Oval, semalam.

PEMUTAR kidal Malaysia, Anwar A. Rahman menyerbu pemukul Sri Lanka dalam Cabaran Kriket Bawah 15 Antarabangsa di Bayuemas Oval, semalam.