Kriket Twenty20 UKM - Hari Ke-4

UKM, UIA mara ke babak akhir

KLANG, 13 Mac -- Universiti Islam Antarabangsa (UIA) memeranjatkan skuad pilihan, Universiti Multimedia (MMU) dengan 21 larian untuk mara ke babak akhir Kriket Twenty20 UKM di Bayuemas Oval, Klang, hari ini.
 
Kejayaan mengetepikan MMU yang rata-rata dibarisi pelajar luar negara memastikan UIA sebagai naib juara kumpulan A bertemu lagi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bagi pertarungan penentu juara di UKM Oval, Bangi pada 15 Mac.

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pula mudah membelasah Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dengan sembilan wiket dalam satu lagi perhitungan separuh akhir  di gelanggang sama.
 
Dau pemukul perkasa UIA, Zovier Morshed (46) dan Saiful Islam Khan yang mengumpulkan 24 larian telah melonjakkan jumlah skuad berkenaan ke angka 161 dalam peruntukan over penuh. Apapun gerakan memintas gagal disempurnakan MMU walaupun Sakib Hassan berusaha hingga 16.5 over dengan 46 larian tanpa tewas.
 
Penjaga wiket nasional, Shafiq Sharif memastikan UKM melepasi sasaran dengan sumbangan 23 larian tanpa tewas manakala pada sesi memadang, pemutar kidal, Shahrulnizam Yusof meranapkan empat wiket untuk 10 larian.
 
MMU bertemu UPNM untuk penentuan ketiga di UKM Oval, Bangi pada 14 Mac.
 
KEPUTUSAN SEPARUH AKHIR:
 
Universiti Kebangsaan Malaysia kalahkan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia dengan 9 wiket.
UPNM 44-9 (20 over) Gunarajah Ganeswaran 10. Shahrulnizam Yusof 4-10.
UKM 47-1 (4.3 over)
Shafiq Sharif kekal 23.
Pemain terbaik: Shahrulnizam Yusof (UKM)
 
Universiti Islam Antarabangsa (UIA) kalahkan Universiti Multimedia dengan 21 larian.
UIA 161-7 (20 over) Zovier Morshed 46, Saiful Islam Khan 24, Kamardeen Rilmi 14. Ali Tur 2-33, Razi Mizanur Rahman 2-24.
MMU 140 (16.5 over) Sakib Hassan kekal 46, Shereen Mohamad 34. Mirza Himmer Beg 4-22, Mohshee Uddin 2-18.
Pemain terbaik: Zovier Morshed (UIA).
 
PENENTUAN KETIGA - 14 MAC 2009
 
MMU lwn UPNM
(UKM Oval, Bangi, 10 pagi)
 
 
BABAK AKHIR - 15 MAC 2009:
 
UKM lwn UIA
(UKM Oval, Bangi, 10 pagi)