Malaysia berhadapan tekanan dua negara elit dunia

PEMBALING Malaysia, Azwar Tajri kecewa apabila serbuannya gagal ditangkap penjaga wiket, Fauzan Malik pada pertemuan dengan Sri Lanka di Bayuemas Oval, tahun lalu.KUALA LUMPUR - Perhitungan edisi ketujuh saingan kriket merebut Trofi Tuanku Ja'afar bermula 4 hingga 10 April 2011 akan lebih tertumpu kepada kekentalan dua pasukan dari negara test manakala barisan Malaysia bukan sahaja akan terjebak dengan tekanan tetapi bakal menghidangkan prestasi semasa berpandukan pembangunan serius yang digerakkan oleh Persatuan Kriket Melayu Malaysia sejak sepuluh tahun kebelakangan ini.
 
Cabaran Kriket Bawah 15 Antarabangsa ini yang dipertandingkan mulai 2004 diilhamkan sebagai sokongan terhadap pembangunan pemain untuk bersua sekali gus menandingi barisan pemain daripada kalangan negara test dan ia tidak dinafikan sudah memberikan impak besar terhadap golongan bawah 15 tempatan.
 
Sesudah Sri Lanka dan Bangladesh merangkul kejuaraan, skuad Malaysia pula memenangi kejuaraan pada tahun 2007 tetapi selepas itu, tidak kesampaian untuk menguasai pertandingan setelah ia berpindah ke tangan Sri Lanka selama tiga tahun berturut-turut bermula 2008 hingga tahun lepas.
 
Afrika Selatan yang bertandang ke Kuala Lumpur tahun 2010 berupaya ke babak akhir tetapi masih belum mampu menggegar Sri Lanka.
 
''Kali kami hadir untuk menguasai kejohanan dan Sri Lanka perlu bersedia untuk pulang bukan dengan pingat kilauan emas. Selepas bersedia untuk berbulan-bulan lamanya, Afrika Selatan sudah dilengkapi dengan aksi sebagai pasukan juara,'' kata ketua delegasi Afrika Selatan, Ismail Teladia.
 
Malaysia akan membariskan satu pertiga daripada anggota tahun lalu untuk berhadapan cabaran daripada dua pasukan berprestasi tinggi itu dengan Azwar Tajri sebagai kapten. Lain-lain pemain yang diharapkan membawa cabaran negara ialah pembuka pukulan, Hamzimifzal Puad, Norhamizan Hamidon dan Faiz Ahmad Nasir.
 
''Tiada pendekatan luar biasa untuk mempertahan tanggungjawab dalam pertandingan besar ini. Kami akan melakukan yang terbaik menerusi perancangan permainan dari satu perlawanan ke pertemuan lain,'' kata pengurus pasukan, Mohsain Hashim.
 
Sri Lanka pula merasakan tekanan semakin memuncak terutama sekali persediaan rapi Afrika Selatan.
 
''Misi kami mempertahankan kejuaraan dan tidak kurang daripada itu. Apa pun tekanan, kami berhak mengatakan kejuaraan tidak boleh berpindah tangan,'' kata Setiausaha Persatuan Kriket Sekolah-Sekolah Sri Lanka, MTA Rauf.

 
JADUAL:
 
4 April: Malaysia lwn Sri Lanka
5 April: Afrika Selatan lwn Sri Lanka
6 April: Malaysia lwn Afrika Selatan
7 April: Sri Lanka lwn Malaysia
8 April: Sri Lanka lwn Afrika Selatan
9 April: Afrika Selatan lwn Malaysia
10 April: Babak akhir
(Semua perlawanan mulai 9.30 pagi di Bayuemas Oval)

PEMBALING Malaysia, Azwar Tajri kecewa apabila serbuannya gagal ditangkap penjaga wiket, Fauzan Malik pada pertemuan dengan Sri Lanka di Bayuemas Oval, tahun lalu.

PEMBALING Malaysia, Azwar Tajri kecewa apabila serbuannya gagal ditangkap penjaga wiket, Fauzan Malik pada pertemuan dengan Sri Lanka di Bayuemas Oval, tahun lalu.