MAJLIS MAKAN MALAM

SEMUA ahli Persatuan Kriket Melayu Malaysia diundang ke majlis makan malam sempena Cabaran Kriket Bawah 15 Antarabangsa 2011.
 
Atur cara seperti berikut:
 
Masa dan tarikh: 7.15 malam, 3 April 2011 bersamaan Ahad.
Tempat: Rafflesia, Tingkat 6, Hotel Midah, Jalan Kampung Attap, 50460 Kuala Lumpur.
 
Penghibur ternama, Hasan Mohamed @ Hasan Mukesh akan menjadi hos sempena majlis ini.
 
Harap hadir untuk bersama-sama meraikan penyertaan pasukan bawah 15 Afrika Selatan dan Sri Lanka ke saingan merebut Trofi Antarabangsa Tuanku Ja'afar di Bayuemas Oval mulai 4 hingga 10 April 2011.
 
Keterangan lanjut hubungi Azahari Fitri M. Fuad di pejabat Kriket Melayu 03.21450000 atau 03.21452222.