UKM bergaya dengan angka tertinggi

PEMUKUL pembukaan Universiti Kebangsaan Malaysia, Faris Almas-Lee bersedia untuk menghayun serbuan pembaling Kedah dalam aksi di Bayuemas Oval semalam. – Gambar IZHAM JAAFARKUALA LUMPUR – Selangor-UKM memastikan sejarah dicipta dengan pengumpulan angka tertinggi dalam pertarungan Kriket Antara Negeri merebut Perisai Raja-Raja sejak tahun 1951 apabila membenam Kedah dengan 400 larian pada separuh akhir di Bayuemas Oval, 10 Mac 2011.

Skuad Universiti Kebangsaan Malaysia  itu yang dibarisi sebahagian besar pemain kebangsaan memastikan jumlah tertinggi; 460 larian dalam 48.4 over sekali gus memadamkan rekod  yang dikumpulkan oleh skuad Remaja Melayu Malaysia pada tahun 2007 berjumlah 394.

Pemukul keempat UKM, Aminudin Ramly mengumpulkan 165 larian menerusi lapan hayunan enam dan 21 pukulan empat dan gagah beraksi di lapangan tengah bersama rakan sepasukan, Faris Almas-Lee (69) dan Shafiq Sharif dengan 68.

‘’Saya sudah bersedia untuk memaksa lawan lebih cemas menghadapi babak akhir Sabtu ini,’’ kata Aminudin, 21, bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Victoria, Kuala Lumpur yang berasal dari Gemencheh, Negeri Sembilan.

Angka tinggi berkenaan hanya membenarkan Kedah mengejar setakat 60 larian dalam 23.3 over dengan kaptennya, Syarif Shariff bertahan 20 larian tanpa tewas.

Dalam satu lagi separuh akhir di STC Oval, Kelantan mudah tertiarap, lapan wiket kepada finalis tahun lepas, Tentera. Skuad Pantai Timur itu hanya berupaya mengumpulkan 70 larian di permukaan sukar yang lembap berikutan hujan hingga waktu pagi. Tentera berjaya memintas dalam 15.2 over.


KEPUTUSAN SEPARUH AKHIR:

Selangor-UKM kalahkan Kedah dengan 400 larian.
Selangor-UKM 460
(48.4 over)
Aminudin Ramly 165, Faris Almas-Lee 69, Shafiq Shariff 68, Adib Rahim 40, Adam Zulkifli 26, Aliman Ahmad 25, Faruq Hakimin Azmi 13. Syafiq Shariff 3-68, Zulhusni Mustafa 2-59.
Kedah 60 (23.3 over)
Syafiq Shariff kekal 20. Shahrulnizam Yusof 4-12, Adam Zulkifli 2-1.
Pemain terbaik: Aminudin Ramly (Selangor-UKM)

Tentera kalahkan Kelantan dengan 8 wiket.
Kelantan 72
(30 over)
Fikri Makram Rosdi 26, Faeiz Ridzuan Tarmizi 10. Syazrul Ezat Idrus 4-18, Shukri A. Rahim 3-18, Suharril Fetri Shuib 2-11.
Tentera 73-2 (15.2 over)
Razman Zabri 40, Norwira Zazmie Halim kekal 22.
Pemain terbaik: Syazrul Ezat Idrus (Tentera)

BABAK AKHIR – 12 MAC 2011:
Selangor-UKM  lwn Tentera

(Bayuemas Oval, 9.30 pagi)

PEMUKUL pembukaan Universiti Kebangsaan Malaysia, Faris Almas-Lee bersedia untuk menghayun serbuan pembaling Kedah dalam aksi di Bayuemas Oval semalam. – Gambar IZHAM JAAFAR

PEMUKUL pembukaan Universiti Kebangsaan Malaysia, Faris Almas-Lee bersedia untuk menghayun serbuan pembaling Kedah dalam aksi di Bayuemas Oval semalam. – Gambar IZHAM JAAFAR