Kelantan, Kedah mara untuk bertemu skuad pilihan

KUALA LUMPUR - Kedah dan Kelantan melepasi halangan untuk layak ke separuh akhir bagi seterusnya menghitung nasib bertemu dua pasukan pilihan dalam saingan Kriket Antara Negeri merebut Perisai Raja-Raja pada 10 Mac 2011.
 
Dalam penentuan pusingan awal, Kedah menumbangkan Sabah dengan 39 larian di Bayuemas Oval, semalam untuk bertemu juara bertahan, Selangor-UKM di gelanggang sama. Kelantan yang menyertai kejohanan buat pertama kali akan menentang finalis tahun lepas, Tentera.
 
''Suatu pertarungan paling mencabar dalam separuh akhir setelah matlamat sebenar untuk mara ke babak ini tercapai. Kami mengharapkan barisan pemain muda dapat tenang menghadapi tekanan ramai pemain kebangsaan yang membarisi skuad lawan,'' kata Setiausaha Persatuan Kriket Kelantan, Hanuzi Ibrahim.
 
Pegawai Kanan Belia dan Sukan Universiti Kebangsaan Malaysia, Fairus Shafie beranggapan, skuad kentalnya akan mudah mengatasi lawan dan bersedia untuk mengekalkan kejuaraan 12 Mac ini.


KEPUTUSAN

Kedah kalahkan Sabah dengan 39 larian mengikut kiraan Duckworth-Lewis
Sasaran 71 dalam 26.3 over.
Sabah 139
(38.1 over)
Haerul Marsudin 49, Ghullfam Hussin 23, Siswanto Moksun Hadi 10.  Asby Tan Aris5-35, Nurfirdaus Hakimi 2-23.
Kedah 110-4 (26.3 over)
Syafiq Shariff kekal 54, Nurfirdaus Hakimi 17.
Pemain terbaik: Asby Tan Aris (Kedah)

Tentera kalahkan Kuala Lumpur dengan 3 wiket.
Kuala Lumpur  210 -6
(45 over)
Adzim Yahya kekal 97, Faizshal Niaz-Lyn 42, Fauzan Malik 25. Syazrul Ezat Idrus 2-21.
Tentera 211-7 (32.4 over)
Anwar Arudin 45, Rosman Zakaria kekal 44, Razman Zabri 26, Syazrul Ezat Idrus 25. Nik Nabil Safwan 3-37, Norharif Hamidon 2-42.
Pemain terbaik: Adzim Yahya (Kuala Lumpur)

Kelantan dan Negeri Sembilan tiada keputusan kerana hujan.
Kelantan 223 -9
(50 over)
Fikri Makram Rosdi 89, Saifful Hawari 64, Ahmad Zaid Adnan 18. Azwar Tajri3-14, Hariz  Darus 2-34, Khairul Izuan Razman 2-51.
Negeri Sembilan  72-5 (18.1 over)
Ining NS dihadkan kepada 31 overs dengan sasaran 178 larian.
Azwar Tajri 17, Fauzi Ariffin 13, Muzamir Kamarulzaman11. Mahadi Muda 2-13.

Selangor-UKM kalahkan Perak-TLDM dengan 10 wiket.
Perak-TLDM 43
(17.1 over)
Adam Zulkifli 3-3, Aminudin Ramly 3-18.
Selangor-UKM 44-0 (8.5 over)
Asyraf Naim kekal 26, Adam Zulkifli kekal 16.
Pemain terbaik: Adam Zulkifli (Selangor-UKM)

SEPARUH AKHIR
Selangor-UKM lwn Kedah
(Bayuemas Oval, 9.30 pagi)

Tentera lwn Kelantan
(STC Oval, 10 pagi)