UKM, Tentera kekalkan kegarangan

Perisai Raja-RajaKUALA LUMPUR – Juara bertahan, Selangor-UKM dan finalis tahun lepas, Tentera sudah memastikan tempat di separuh akhir saingan Kriket Antara Negeri merebut Perisai Raja-Raja apabila masing-masing memenangi dua perlawanan berturut-turut.

Universiti Kebangsaan Malaysia sebagai pasukan pilihan mengekalkan kecemerlangan tahun ini, membelasah Kelantan dengan lapan wiket di UKM Oval pada 8 Mac 2011 manakala Tentera pula mengatasi Sebah dengan 77 larian setelah perlawanan terpaksa dipendekkan menjadi 20 over kerana hujan pada sesi pagi.

Negeri Sembilan yang mengalahkan Perak-TLDM dengan 80 larian di Bayuemas Oval akan bertembung Kelantan pada 9 Mac untuk memastikan satu lagi tempat ke separuh akhir. Kedah pula yang mengatasi Kuala Lumpur dengan tujuh wiket di STC Oval akan bertemu Sabah. JIka menang pasukan dari utara itu bakal bertarung dalam pusingan seterusnya.

“Rasa-rasa tiada masalah untuk membenam Sabah. Walaupun tidak segagah dulu, Kedah tetap digeruni di lapangan tengah,’’ kata Presiden Persatuan Kriket Kedah, Feisal A. Tajuddin.

Perlawanan separuh akhir pada 10 Mac  berlangsung di Bayuemas Oval dan STC Oval. Babak akhir dengan jangkaan aksi tahap tinggi akan berlangsung di Bayuemas Oval di Kampung Pendamar, Klang pada 12 Mac.


KEPUTUSAN:
Negeri Sembilan kalahkan Perak-TUDM dengan 80 larian.

Negeri Sembilan 175 (37.4 over)
Zubair Asyraf Norazmi  43, Fauzi Ariffin 42, Azwar Ahmad Tajri 21, Ibrahim Khalil Zakaria 18,
Hariz Darus 10, Anwar A. Rahman kekal 10. Nazirul Izuddin A. Halim 3-31, Rudy Asmandi Mansor 3-60,
Muazzam Abdul Hadi 2-33.
Perak-TUDM 95 (26.1 over)
Rudy Asmandi Mansor  27, Nazirul Izuddin A. Halim 18. Anwar A. Rahman 5-24, Alif Safwan Zol 4-12.
Pemain terbaik: Anwar A. Rahman (NS)

Tentera kalahkan Sabah dengan 77 larian.
Tentera 146-6 (20 over)
Shukri A. Rahim kekal 48, Ariffin Ramly 37, Anwar Arudin 36. Haerul Marsudin 2-14.
Sabah 69-3 (20 over)
Ghullfam Husin kekal 33, Mansalasah Musa kekal 25. Mahyudin Mansor 2-8.
Pemain terbaik: Shukri A. Rahim (Tentera)

Kedah kalahkan Kuala Lumpur dengan 7 wiket.
Kuala Lumpur 158 (28.5 over)
Nazril A. Rahman 46, Norharif Hamidon 24, Fadzrin Kate-Lee 15. Mubin Salahuddin 2-11,
Syafiq Israq Vijandran 2-20, Nurfirdaus Hakimi 2-50.
Kedah 163 -3 (40 0ver)
Syafiq Shariff kekal 74, Pasha Syafiq 57.
Pemain terbaik: Syafiq Shariff (Kedah)

Selangor-UKM kalahkan Kelantan dengan 8 wiket.
Kelantan 86 (30.5 over)
Fikri Makram Rosdi 19, Che Wan Razlan Zalati 16, Mahadi Muda 16, Ahmad Zaid Adnan 10. Nik Azril Arifin 3-12,
Haziq Zainuddin 3-17, Shahrulnizam Yusof 2-5.
Selangor-UKM 88-2 (13.4 over)
Ahmad Faiz M. Noor kekal 38, Shafiq Shariff  22, Aminudin Ramly kekal 14.
Pemain terbaik: Nik Azril Arifin (Selangor-UKM)

JADUAL 9 MAC 2011:
Kedah lwn Sabah
(Bayuemas Oval, 9.30 pagi)

Tentera lwn Kuala Lumpur
(Kajang Oval, 9.30 pagi)

Selangor-UKM lwn Perak-TLDM
(UKM Oval, 9.30 pagi)

N. Sembilan lwn Kelantan
(STC Oval, 10.30 pagi)