Tiada kejutan pada hari pembukaan

Perisai Raja-RajaKUALA LUMPUR – Pendatang baru, Kelantan dan Kuala Lumpur bermula baik dalam pembukaan Kriket Antara Negeri merebut Perisai Raja-Raja manakala juara bertahan, Selangor-UKM dan finalis musim lepas, Tentera turut menang mudah pada 7 Mac 2011.
 
Di Bayuemas Oval, Kelantan mengatasi Perak-TLDM dengan 86 larian manakala Kuala Lumpur walaupun membenarkan Sabah mengumpulkan 204 larian kembali membalas dengan baik untuk menang dengan 90 larian di Kajang Oval.

Juara bertahan Selangor-UKM mudah membenam Negeri Sembilan dengan lapan wiket dalam aksi di gelanggang sendiri yang menyaksikan mereka menamatkan pukulan hanya dalam 10.3 over.

‘’Banyak lagi perancangan perlu dibuat untuk memastikan kemenangan lebih hebat dicapai. Kami perlu memastikan kegarangan dari awal hingga akhir,’’ kata pengurus UKM, Fairus Shafie.

Tentera pula tidak menghadapi banyak masalah menewaskan Kedah dengan tujuh wiket di STC Oval. Kaptennya, Anwar Arudin bergaya dengan 65 tanpa tewas.


KEPUTUSAN:
Kelantan kalahkan Perak-TLDM dengan 86 larian.
Kelantan -190 (45.2 over)
Ahmad Tajudin Ismail 42, Wafiq Irfan Zarbani 30, Ahmad Zahid Adnan 24, Amiruddin Azahar 18,  
Nasiruddin Mazlan kekal 14. Saifolnizam Zuki 4-24, Muhammad Zainal 2-42.
Perak-TLDM-104 (29.5 ov er)
Muhammad Zainal 18, Halimy Razak14, Saifolnizam  Zuki 11, Rudy Ismandi Mansor 10.
Amiruddin Azahar 6-25.
Pemain terbaik: Amiruddin Azahar (Kelantan)

Kuala Lumpur kalahkan Sabah dengan 90 larian mengikut kiraan Duckworth-Lewis.
Sasaran 113 larian dalam 35 over.
Sabah 204-9 (50 over)
Gullfam Hussin 74, Azman Riduan 29, Roslan Mokti 17, Ahmad Abdul Muin 12. Nik Nabil Safwan Anway 3-40, Norharif Hamidon 2-30.
Kuala Lumpur 202-2 (35 over)
Adzim Yahya 61, Fadzrin Kate-Lee kekal 58, Noor Afif Saufee 25, Faizshal Niaz-Lyn 16. Afiq Jabri Bahri 2-65.
Pemain terbaik: Adzim Yahya (Kuala Lumpur)

Tentera kalahkan Kedah dengan 7 wiket.
Kedah 132 (40.1 over)
Syafiq Shariff 46, Muzammir Mangsor 12, Zulhaimy Salleh 10. Rashid Ahad 3-17, Norwira Zazmie Halim 2-17.
Tentera 133-3 (18.3 over)
Anwar Arudin kekal 65, Norwira Zazmie Halim kekal 21. Syafiq Israq Vijandran 2-46.
Pemain terbaik: Anwar Arudin (Tentera)

Selangor-UKM kalahkan Negeri Sembilan dengan 8 wiket.
Negeri Sembilan 97 (36.1 over)
Azwar Tajri 24, Zubair Asyraf Norazmi 22, Badrul Hisham Boktian 13. Nik Azril Arifin 5-7, Shahrulnizam Yusof 4-8.
Selangor-UKM 100-2 (10.3)
Aminuddin Ramly  kekal 48, Adib Abdul Rahim kekal 23, Ahmad Faiz M. Noor 12. Fendi Alias 2-22.
Pemain Terbaik: Nik Azril Arifin (Selangor-UKM)

JADUAL 8 MAC 2011
Negeri Sembilan lwn Perak-TLDM
(Bayuemas Oval, 9.30 pagi)

Tentera lwn Sabah
(Kajang Oval, 9.30 pagi)

Kedah lwn Kuala Lumpur
(STC Oval, 10 pagi)

Selangor-UKM lwn Kelantan

(UKM Oval, 9.30 pagi)