Kelantan antara pendatang baru perhebat saingan

ZAHID ADNAN... Pemain muda dari KelantanKUALA LUMPUR - Pendatang baru, Kelantan, Kuala Lumpur dan Perak-TLDM menggenapkan lapan pasukan dalam pertarungan Kriket Antara Negeri merebut Perisai Raja-Raja bermula 7 hingga 12 Mac ini yang turut menampilkan gelanggang baru di oval Sekolah Menengah Tinggi Kajang.
 
Skuad Kelantan menyenaraikan bekas pemain kebangsaan, Saifful Hawari Hussein untuk berganding dengan barisan belasan tahun membahui tugas mencabar dengan sasaran menduduki tangga kumpulan A yang turut tersenarai juara bertahan, Selangor-UKM bersama Negeri Sembilan dan Perak-TLDM.
 
''Ini merupakan tugas berat tetapi mungkin boleh dicapai,'' kata Setiausaha Persatuan Kriket Kelantan yang baru, Hanuzi Zaharim di Tanah Merah baru-baru ini.
 
Turut sama dalam skuad muda berkenaan ialah dua pemain bawah 19 negara, Fikri Makram Rosdi dan pemutar, Ahmad Zahid Adnan. Tidak terkecuali pemain terbaik saingan Elit Bawah 12 Kebangsaan dua tahun lalu, Faiz Ahmad Nasir yang mampu menyerlah selaku pembaling.
 
Perak-TLDM dilamporkan terlalu serius dalam latihan persediaan yang dikendalikan oleh bekas pemain Tentera, Jamislan Jalil tidak merancang kejutan tetapi menjangkakan kecemerlangan boleh dicapai dalam penyertaan tahun ketiga kelak.
 
Turut sama dalam pasukan berkenaan ialah bekas pemain Projek Kriket Nasional dari Sekolah Menengah Kebangsaan Penang Free, Nazirul Izuddin Halim.
 
Kuala Lumpur turut sama membariskan ramai pemain remaja termasuk pembaling skuad bawah 19 Malaysia, Nazril A. Rahman juga dllihat berkemampuan melakukan satu-dua kejutan berdasarkan keupayaan semasa.
 
Atas kertas, sememangnya Selangor-UKM dan Tentera merupakan dua pasukan yang dianggap perkasa dan diramalkan bertembung lagi dalam babak akhir di Bayuemas Oval kelak.
 
Selangor-UKM sebagai juara dua tahun berturut-turut memiliki bintang-bintang kebangsaan seperti Shafiq Sharif, Aminudin Ramly, NIk Azril Ariffin serta Faris Almas-Lee. Tentera tidak terkecuali bakal membaham mangsa dengan Anwar Arudin, Shukri A. Rahim, Norwira Zazmie A. Halim, Rosman Zakaria dan Rashid Ahad.

 
KUMPULAN A: Selangor-UKM, Negeri Sembilan, Kelantan, Perak-TLDM.
KUMPULAN B: Tentera, Kedah, Sabah, Kuala Lumpur.
 
JADUAL:
 
7 Mac (ISNIN):
Kelantan lwn Perak-TLDM (Bayuemas Oval)
Sabah lwn Kuala Lumpur (Kajang Oval)
Tentera lwn Kedah (STC Oval)
SElangor-UKM lwn Negeri Sembilan (UKM Oval)
 
8 Mac (SELASA):
Negeri Sembilan lwn Perak-TLDM (Bayuemas Oval)
Tentera lwn Sabah (Kajang Oval)
Kedah lwn Kuala Lumpur (STC Oval)
Selangor-UKM lwn Kelantan (UKM Oval)
 
9 Mac (RABU):
Kedah lwn Sabah (Bayuemas Oval)
Kuala Lumpur lwn Tentera (Kajang Oval)
Kelantan lwn Negeri Sembilan (STC Oval)
Selangor-UKM lwn Perak-TLDM (UKM Oval)
 
10 Mac (KHAMIS):
Separuh akhir di STC Oval dan Bayuemas Oval.
 
12 Mac (SABTU):
Babak akhir di Bayuemas Oval.
 
* Semua perlawanan bermula 9.30 pagi

ZAHID ADNAN... Pemain muda dari Kelantan

ZAHID ADNAN... Pemain muda dari Kelantan

BARISAN Selangor-UKM yang memenangi kejuaraan tahun 2011.

BARISAN Selangor-UKM yang memenangi kejuaraan tahun 2011.

NAZRIL A. RAHMAN... Antara pemain harapan Kuala Lumpur

NAZRIL A. RAHMAN... Antara pemain harapan Kuala Lumpur