Kriket Twenty20 UKM - Hari Ke-3

Universiti Pertahanan gegar UTM

PEMUKUL Universiti Islam Antarabangsa hampir diperangkap pembaling Universiti Teknologi Mara dalam pertemuan kriket Twenty20 UKM di Bayuemas Oval, 12 Mac 2009.KLANG, 12 Mac - Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) menonjolkan kemantapan menerusi pemain serba boleh, Saadun Yaacob untuk menyerapkan ke separuh akhir Kriket Twenty20 UKM di Bayuemas Oval hari ini.
 
Turut  layak menerusi pertemuan hari ini ialah Universiti Islam Antarabangsa yang menyingkirkan Universiti Teknologi Mara (UiTM) dengan 39 larian.
 
UPNM membelasah Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dengan lapan wiket pada sesi petang yang menyaksikan Saadun bergaya di lapangan tengah dengan 23 tanpa tewas.

Pasukan pilihan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) akan menentang UPNM dalam separuh akhir pertama pagi esok  manakala pada babak petang antara Universiti Multimedia dengan UIA.
 
"Kami berharap dapat bertemu antara buku dengan ruas tidak lain daripada MMU dalam babak akhir Ahad ini di UKM Oval," kata ketua pasukan UKM, Shahid Ali Khan.

 
KEPUTUSAN:
 
Universiti Islam Antarabangsa kalahkan Universiti Teknologi Mara dengan 39 larian.
UIA 145 (20 over) Ashiqun Nabi 24, Saiful Islam Khan 21, Mirza Beg 18. Iskandar Shah Anuar 3-33, Fadzli Hashim 2-26.
UiTM 106-9 (20 over) Khairul Asyraf Rohdi 30, Iskandar Shah Anuar 18. Saiful Islam Khan 2-9.
Pemain terbaik: Saiful Islam Khan (UIA)
 
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia kalahkan Universiti Teknologi Malaysia dengan 8 wiket.
UTM 67 (16.3 over) Khairi Kamaruddin 10. Hairy Sumali 4-7, Saadun Yaacob 2-12.
UPNM 69-2 (8 over)
Saadun Yaacob kekal 23.
Pemain terbaik: Saadun Yaacob (UPNM)

 PEMUKUL Universiti Islam Antarabangsa hampir diperangkap pembaling Universiti Teknologi Mara dalam pertemuan kriket Twenty20 UKM di Bayuemas Oval, 12 Mac 2009.

PEMUKUL Universiti Islam Antarabangsa hampir diperangkap pembaling Universiti Teknologi Mara dalam pertemuan kriket Twenty20 UKM di Bayuemas Oval, 12 Mac 2009.