UCTI berpuas hati di tangga ketiga

PEMUKUL UCTI, Faris Almas-Lee beraksi cemas di lapangan tengah sewaktu pertemuan dengan UIA dalam babak penentuan ketiga kriket Twenty20 UKM di Bayuemas Oval, Klang pada 26 Februari 2011.KUALA LUMPUR - University College of Technology & Innovation (UCTI) mengubat kedukaan dengan memenangi tempat ketiga saingan kriket Twenty20 UKM dengan mengetepikan Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dengan 59 larian di Bayuemas Oval, Klang pada 26 Februari 2011.

Naib juara tahun lalu itu bertahan dalam sesi pukulan hingga 19 over dengan pemain kebangsaan, Faris Almas-Lee menyumbang  54  setelah gandingan wiket pertama antara kapten pasukan, Usman Hashmi (30) dengan Taimoor Touseef (22) menghasilkan 70 larian.

UIA ternyata tidak dapat menandingi kekentalan UCTI apabila hanya berupaya mengumpulkan 101 larian dalam peruntukan penuh.

Usman yang turut bertindak sebagai pengurus UCTI bagaimanapun berpuas hati dengan pencapaian  setakat tangga ketiga saingan musim 2011 kerana sebahagian besar pemainnya gagal menghadiri latihan berikutan kesibukan kuliah masing-masing.

Universiti Kebangsaan Malaysia sebagai juara bertahan bertemu Universiti Teknologi Mara dalam babak akhir di Bayuemas Oval pada 27 Februari.


KEPUTUSAN
Penentuan Ketiga


University College of Technology & Innovation kalahkan Universiti Islam Antarabangsa dengan 59 larian.
UCTI 160 (19 over) Faris Almas-Lee 54, Usman Hashmi 30, Taimoor Touseef 22, Khazin Muchtar 4-13, Sayeed Ul-Amin 3-28, Kamardeen Rilmy 3-28.
UIA 101 (20 over) Naleef Nazar 15. Salman Salim 3-10, Imran Bukhari 2-10.
Pemain terbaik: Faris Almas-Lee (UCTI)

PEMUKUL UCTI, Faris Almas-Lee beraksi cemas di lapangan tengah sewaktu pertemuan dengan UIA dalam babak penentuan ketiga kriket Twenty20 UKM di Bayuemas Oval, Klang pada 26 Februari 2011.

PEMUKUL UCTI, Faris Almas-Lee beraksi cemas di lapangan tengah sewaktu pertemuan dengan UIA dalam babak penentuan ketiga kriket Twenty20 UKM di Bayuemas Oval, Klang pada 26 Februari 2011.