UKM, UiTM mara ke babak akhir

UKM TWENTY20 - HARI 4KUALA LUMPUR - Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mudah membaham University College of Technology & Innovation (UCTI) dengan 10 wiket di Bayuemas Oval, Klang pada 25 Februari dan bersedia untuk merangkul kejuaraan dalam saingan kriket Twenty20 UKM bagi tahun ketiga berturut-turut apabila bertemu Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam babak akhir, 27 Februari 2011.
 
Dalam separuh akhir pertama, serbuan pembaling UKM telah mengehadkan pukulan UCTI setakat 88 larian dalam 15.5 over sebelum pembuka UKM, Sharif Sharif dan Nik Azril Ariffin menamatkan perhitungan dalam 8.3 over.
 
UiTM mengemudi kemenangan dalam 19 over untuk mengatasi Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dengan tujuh wiket. Pemukul berasal dari Kuala Lumpur, Iskandar Shah Anuar mengumpulkan 48 larian yang bergandingan dengan Azman Tajri (41).
 
Terdahulu, UIA menghimpun 141-1.


KEPUTUSAN - SEPARUH AKHIR


Universiti Kebangsaan Malaysia kalahkan University College of Technology & Innovation dengan 10 wiket.
UCTI  88 (15.5 over)
Zain Ijaz 18, Usman Hashmi 17, Ali Awais 14. Faruq Hakimin Azmi 3-14, Shahrulnizam Yusof 2-16.
UKM  91-0 (8.3 over)
Shafiq Sharif kekal 56, Nik Azril Ariffin kekal 30.
Pemain terbaik: Faruq Hakimin Azmi (UKM)
 

Universiti Teknologi Mara kalahkan Universiti Islam Antarabangsa dengan 7 wiket.
UIA 141-9 (20 over)
Naleef Nazar 28, Khazin Mushtaq 24, Hashir Taj 18. Azrul Naim Sufri 3-22,  Sofwan Ahmad Naim 2-20.
Zulhusni Mustafa 2-22.
UiTM 143-3 (19 over)
Iskandar Shah Anuar 48, Azman Tajri 41, Ahmad Zulhaimy Salleh kekal 24,
Sofwan Ahmad Naim kekal 18.
Pemain terbaik: Ahmad Zulhaimy Salleh (UiTM)

PENENTUAN KETIGA (26 FEBRUARI 2011)
UCTI lwn UIA

BABAK AKHIR (27 FEBRUARI 2011)
UKM  lwn UiTM

(Kedua-dua pertemuan di Bayuemas Oval)