UCTI dipaksa bertemu UKM dalam separuh akhir

KUALA LUMPUR - Naib juara tahun lalu, University College of Technology & Innovation (UCTI) malang apabila tumbang kepada Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dengan 11 larian berpandukan perkiraan eliminator satu over setelah kedua-dua pasukan terikat pada angka sama dalam pertemuan di Bayuemas Oval, Klang pada 24 Februari 2011.
 
Berikutan keputusan berkenaan, kedudukan paling atas kumpulan B dihuni oleh Universiti Teknologi Mara (UiTM) manakala UCTI akan beraksi menentang juara bertahan, Universiti Kebangsaan Malaysia dalam separuh akhir, 25 Februari 2011.
 
''Ini merupakan tugas besar dan kami terpaksa berjuang dengan tenang dan pintar,'' kata pengurus UCTI, Usman Hashmi.
 
UTM yang memukul terdahulu mengumpul 209-4 wiket manakala UCTI membalas dengan 209 dalam 19.5 over.
 
Satu lagi pertemuan separuh akhir akan menemukan UiTM dan Universiti Islam Antarabangsa, juga di Bayuemas Oval. UiTM dilihat sudah memiliki peluang terbaik untuk beraksi kali pertama dalam babak akhir kelak.
 
''Peluang kami semakin hampir untuk ke perlawanan akhir. Kami mengharapkan tuah pada hari Jumaat,'' kata Pegawai Sukan UiTM, Che Nadia Samsudin.

 
KEPUTUSAN

Universiti Teknologi Malaysia kalahkan Universiti College of  Technology & Innovation dengan 11 larian.
(1 over ‘Eliminator’)
UTM  209-4 (20 over)
Amin Uddin 106, Kashif Ishaque 53.
UCTI 209 (19.5 over)
Usman Hashmi 40, Zain Ijaz 39, Ali Awais 35. Amin Uddin 4-42, Muhammad Shahid 2-2, Hisyam Md. Gapar 2-46.
Pemain terbaik: Amin Uddin ( UTM)

Universiti Teknologi Mara kalahkan Universiti Multimedia dengan 7 wiket.
MMU 101-8 (20 over)
Vidusha De Silva 31, Yousuf Khan 31, Sujan Chakrabarthy 10. Sofwan Ahmad Naim 3-14, Muhammad Zainal 2-11, Azrul Naim Sufri 2-16.
UiTM 102-3 (14 over)
Azman Ahmad Tajri kekal 37, Sofwan Ahmad Naim 17, Ahmad Zulhaimy Salleh kekal 16, Muazzam Abdul Hadi 15. Yousuf Khan 3-25.
Pemain terbaik: Yousuf Khan (MMU)

Universiti Islam Antarabangsa kalahkan Universiti Utara Malaysia dengan 7 wiket.
UUM 141-9 (20 over)
Md. Atiqur Rahman 62, Salauddin Ahmad 41. Mubeen Mustaqeem  4-22, Naleef Nazar 2-26.
UIA 143-3 (16 over)
Md. Sayeed Ul Amin kekal 43, Mahmudur Rahman 32, Naleef Nazar 18. Sagir Shahid Turja 2-28.
Pemain terbaik: Naleef Nazar (UIA)