UCTI pula capai kemenangan mudah

UKM TWENTY20KUALA LUMPUR - Finalis tahun lepas, University College of Technology & Innovation (UCTI) mengulangi kecemerlangan apabila mudah  menewaskan Universiti Multimedia (MMU) dengan sembilan wiket dalam Kejohanan Kriket Twenty20 UKM di Bangi pada 23 Februari 2011.
 
Pada 22 Februari, skuad yang barisi ramai pemain luar negara itu mengatasi Universiti Teknologi Mara (UiTM) dengan 47 larian dan jelas bersedia untuk memastikan keputusan yang lebih baik tahun ini.
 
Juara dua tahun berturut-turut, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pula menumbangkan Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dengan 113 larian berpandukan kiraan Duckworth-Lewis kerana gangguan hujan di Bayuemas Oval.
 
Dengan kemenangan berkenaan, UKM di tangga teratas kumpulan A dan bakal menanti pertemuan separuh akhir di Bayuemas Oval pada Jumaat.
 
Dalam satu pertemuan lain, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) yang dilaporkan kental tersungkur dengan dua wiket kepada UiTM.

 
KEPUTUSAN

University College of Technology & Innovation kalahkan Universiti Multimedia dengan 9 wiket.
MMU 107-9 (20 over) Nauman Javed 20, Sujan Chakrabarthy 14, Vidusha De Silva 12, Zain Tareq 10. Usman Hashmi 2-23, Shiraz Alam 2-8.
UCTI 108-1 (10.4 over)
Taimoor Tauseef 64, Faris Almas-Lee kekal 20.
Pemain terbaik: Taimoor Tauseef (UCTI)

Universiti Teknologi Mara kalahkan Universiti Teknologi Malaysia dengan 2 wiket.
UTM 145-8 (20 over) Kashif Ishaque 50, Munaf Rashid 27, Mohd. Naim Borhan 18. Zulhusni Mustafa 3-27, Muazzam Abdul Hadi 2-26.
UiTM 147-8 (19 over) Azman Ahmad Tajri 56, Muhammad Zainal kekal 30, Ahmad Zulhaimy Salleh 14. Kashif Ishaque 2-19, Mohd Hisyam 2-25
Pemain terbaik: Azman Ahmad Tajri (UiTM)

Universiti Kebangsaan Malaysia kalahkan Universiti Islam Antarbangsa dengan 113 larian mengikut kiraan Duckworth Lewis.
UKM 192-3 (15.2 over)
Shafiq Sharif 60, Ahmad Faiz M. Noor kekal 40, Aliman Ahmad kekal 27, Nik Azril Ariffin 24.  
Md. Sayeed Ul Amin 2-48.
UIA  68 (12.1 over) Hunain Altaf 24, Hashmat Waziri 19. Aminudin Ramly 3-3, Nik Azril Ariffin 3-7.
Pemain terbaik: Shafiq Sharif (UKM)

UKM TWENTY20

UKM TWENTY20

UKM TWENTY20

UKM TWENTY20

UKM TWENTY20