UUM mudah tersungkur kepada juara bertahan

WAKIL Universiti Kebangsaan Malaysia, Adib Rahim melakukan pukulan sewaktu pertemuan dengan Universiti Utara Malaysia di UKM Oval, Bangi pada 22 Februari 2011.KUALA LUMPUR - Juara bertahan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mudah menumpaskan Universiti Utara Malaysia (UUM) dengan sembilan wiket dalam pembukaan Kejohanan Kriket Twenty20 UKM di Bangi pada 22 Februari 2011.
 
Finalis musim lepas, University College of Technology & Innovation (UCTI) pula menumbangkan Universiti Teknologi Mara (UiTM) dengan 47 larian di Bayuemas Oval. Satu lagi pertemuan di gelanggang sama menyaksikan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menang besar, 101 larian ke atas Universiti Multimedia (MMU).
 
''Kami mengharapkan laluan selesa sebelum beraksi dalam separuh akhir Jumaat ini dan siapapun lawan dalam babak berkenaan tidak meresahkan kami langsung,'' kata Pegawai Kanan Belia dan Sukan UKM, Fairus Shafie.
 
UCTI pula mungkin tertekan apabila menentang UTM pada Khamis berpandukan angka tinggi skuad dari selatan Semenanjung itu.
 
Kekuatan UTM turut membimbangkan UiTM yang bakal bertemu pada Rabu di Bayuemas Oval. Pegawai Sukan UiTM, Che Nadia Samsudin berkata, skuadnya yang dibarisi pemain tempatan tidak akan mudah terperangkap dengan UTM.
 

KEPUTUSAN

Universiti Kebangsaan Malaysia kalahkan Universiti Utara Malaysia dengan 9 wiket.
UUM 45 (16 over) Atiqur Rahman 15. Faruq Hakimin Azmi 4-9, Aliman Ahmad 2-5,  Haziq Zainudin 2-17.
UKM 46-1 (8.5 over) Shahrulnizam Yusof 21, Adib Rahim kekal 20.
Pemain terbaik: Faruq Hakimin Azmi (UKM)

University College of Technology & Innovation kalahkan Universiti Teknologi Mara dengan 47 larian.
UCTI  202-2 (20 over) Taimoor Tauseef 61, Faris Almas-Lee kekal 58, Zain Ijaz kekal 45.
UiTM 155-8 (20 over) Muazzam Abdul Hadi 29, Iskandar Shah M. Anuar 22, Farid Wajdie Mahmud 18. Sheroze Yasin 2-13.
Pemain terbaik: Faris Almas- Lee (UCTI)

Universiti Teknologi Malaysia kalahkan Universiti Multimedia Malaysia dengan 101 larian.
UTM 254- 3 (20 over) Amin Uddin 106, Kashif Ishaque Shaikh 84, Munaf Rashid kekal 13, Muhammad Shahid kekal 13. Atiqur Rahman 2-51.
UUM 153 (19.3 over) Vidusha De Silva 58, Sujan Chakrabarthy 22. Ehsan Reza Seikh 14; Amin Uddin 3-25, Hisyam Md.Gafar 2-30, Muhammad Shahid 2-33.
Pemain terbaik: Amin Uddin ( UTM)

WAKIL Universiti Kebangsaan Malaysia, Adib Rahim melakukan pukulan sewaktu pertemuan dengan Universiti Utara Malaysia di UKM Oval, Bangi pada 22 Februari 2011.

WAKIL Universiti Kebangsaan Malaysia, Adib Rahim melakukan pukulan sewaktu pertemuan dengan Universiti Utara Malaysia di UKM Oval, Bangi pada 22 Februari 2011.