UKM masih bertenaga sebagai pasukan pilihan

BARISAN Universiti Kebangsaan Malaysia yang menjadi juara saingan UKM Twenty20 di Bayuemas Oval tahun lalu.KUALA LUMPUR - Juara dua tahun berturut-turut, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bakal menghadapi laluan mudah untuk mara ke babak akhir saingan merebut Piala Menteri Pengajian Tinggi dalam pertandingan kriket UKM Twenty20 bermula 22 hingga 27 Februari 2011 di Bayuemas Oval, Klang dan UKM Oval di Bangi.
 
Naib juara tahun lepas, Asia Pasific University College of Technology and Innovation (UCTI) juga diramal tidak menghadapi masalah sebagai pasukan pilihan tetapi bakal menghadapi cabaran menjuarai kumpulan B dengan penampilan Universiti Teknologi Mara (UiTM).
 
UiTM dilaporkan merancang sesi latihan tersusun sejak tiga bulan lepas di bawah pengawasan jurulatih, Hafiz Zaman Huri bagi mencapai keputusan lebih baik berbanding penyertaan lepas
 
Pengelola UKM, Fairus Shafie berharap barisannya yang merangkumi tiga perempat  pemain daripada pool kebangsaan dapat 'memanaskan' badan untuk terus mengukir kecemerlangan bagi persediaan menghadapi satu lagi pertarungan besar; Kejohanan Kriket Antara Negeri merebut Perisai Raja-Raja bermula 7 hingga 11 Mac depan.
 
''Kami mahu terus mempertahankan kegarangan bagi mempertahankan dua kejuaraan sekali gus. Kami bukan bercakap besar tetapi tiada sebab untuk tumbang kerana UKM merulakan pusat prestasi tinggi kriket yang serba lengkap,'' katanya.
 
 UKM mengetuai kumpulan A bersama dua lagi pasukan, Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Universiti Islam Antarabangsa (UIA) manakala kumpulan B, UCTI berentap bersama UiTM, Universiti Multimedia (MMU) serta Universiti Teknologi Malaysia (UTM).
 
Mengetuai UKM ialah pemain harapan negara seperti Aminudin Ramly, Shafiq Sharif, Nik Azril Ariffin, Shahrulnizam Yusof serta pemutar kidal semakin digeruni, Faruq Hakimin Azmi. UCTI bergantung harapan kepada kaptennya, Usman Hashmi dan pemukul pembukaan, Faris Almas-Lee.

 
JADUAL
 
22 FEBRUARI:
UCTI lwn UiTM; MMU lwn UTM (Bayuemas Oval)
UKM lwn UUM (UKM Oval)
 
23 FEBRUARI:
UiTM lwn UTM; UKM lwn UIA (Bayuemas Oval)
UCTI lwn MMU (UKM Oval)
 
24 FEBRUARI:
UCTI lwn UTM; UiTM lwn MMU (Bayuemas Oval)
UUM lwn UIA (UKM Oval)
 
25 FEBRUARI:
Separuh akhir (Bayuemas Oval)
 
26 FEBRUARI:
Penentuan ketiga (Bayuemas Oval)
 
27 FEBRUARI:
Babak akhir (Bayuemas Oval)

BARISAN Universiti Kebangsaan Malaysia yang menjadi juara saingan UKM Twenty20 di Bayuemas Oval tahun lalu.

BARISAN Universiti Kebangsaan Malaysia yang menjadi juara saingan UKM Twenty20 di Bayuemas Oval tahun lalu.

BARISAN Universiti Kebangsaan Malaysia yang menjadi juara saingan UKM Twenty20 di Bayuemas Oval tahun lalu.