Aksi veteran di Kajang Sabtu ini

Anwardi Dato' Jamil SulongBARISAN veteran Melayu Malaysia akan menguji kegarangan bertemu skuad bawah 15 Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Kajang di oval sekolah berkenaan mulai 10 pagi, 12 Februari bersamaan Sabtu.
 
Kapten merangkap pengelola skuad veteran Melayu Malaysia, Mohidin Hashim berharap semua pemain yang dipilih bersedia untuk pertembungan luar biasa ini.
 
Pradeep Sujeewa Gunaratne Mahamada AratchigeSkuad SMK Tinggi Kajang merupakan pasukan Projek Kriket Nasional kendalian Kriket Melayu di bawah pengawasan jurulatih Sri Lanka, Sujeewa Gunaratne.
 
Saingan 30 over ini juga akan menguji oval baru yang dibina menerusi kepakaran Harith Shariff dengan tajaan Yayasan Sime Darby.
 
Turut sama akan bermain Sabtu ini ialah penggiat seni yang juga pengarah filem, Anwardi Jamil.