Persidangan agung 2011 pada 29 Mei ini

PERSIDANGAN Agung Tahunan Persatuan Kriket Melayu Malaysia musim 2011 akan berlangsung mulai 11 pagi, 29 Mei 2011 bersamaan Ahad di Bayuemas Oval.
 
Semua ahli yang sudah membayar yuran setakat tahun 2010 layak menyertai persidangan ini.
 
Persidangan akan dipengerusikan oleh Yang Dipertua Kriket Melayu, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid.
 
Semua ahli dijemput hadir awal; 10 pagi untuk menikmati sarapan pagi sebelum persidangan bermula.
 
Notis persidangan bersama laporan tahunan akan dihantar awal kepada semua ahli.
 
Untuk keterangan lanjut boleh hubungi pegawai di pejabat persatuan di talian 03.21450000 (Batumalai Ramani) dan 03.21452222 (Ahmad Harris Ismail).
 
Ahli juga diharap dapat membayar yuran tahunan, RM15 dengan kadar segera. Bayaran boleh dibuat menerusi cek atas nama PERSATUAN KRIKET MELAYU MALAYSIA atau hadir di pejabat persatuan, No. 2512 Jalan Bukit Petaling, 50460 Kuala Lumpur.