Melayu Malaysia menang besar ke atas Afrika Selatan

BARISAN Melayu Malaysia dengan megah menayangkan pingat kejuaraan serta Trofi Melayu Antarabangsa telah menumbangkan Melayu Afrika Selatan dengan tujuh wiket dalam acara senior di Bayuemas Oval, semalam. - Gambar ASWAD YAHYAKUALA LUMPUR - Melayu Malaysia mempertahankan kejuaraan bahagian senior saingan Trofi Melayu Antarabangsa IX apabila mudah membaham Melayu Afrika Selatan dengan tujuh wiket di Bayuemas Oval pada 26 Disember 2010.
 
Kemenangan berkenaan melengkapkan penguasaan tuan rumah setelah memenangi kejuaraan bawah 15 di gelanggang sama pada 25 Disember.

 

Setelah memenangi undian dan memilih untuk memukul, Afrika Selatan terperangkap awal apabila berkedudukan 21 untuk empat wiket, 51-7 dan menamatkan sesi pukulan ke angka 100 genap.
 
''Kami bernasib baik kerana jatuhan wiket lawan diranapkan satu persatu. Kami menang berpandukan semangat berpasukan tinggi,'' kata pengurus, Fairus Shafie.
 
Berada pada kedudukan 51-1 pada waktu sajian tengah hari, barisan Melayu Malaysia bertenaga melepasi angka pelawat untuk mengulangi kejuaraan yang dimenangi di Colombo, Sri Lanka dua tahun lalu.


KEPUTUSAN

BABAK AKHIR SENIOR

Melayu Malaysia kalahkan Melayu Afrika Selatan dengan 7 wiket.

Melayu Afrika Selatan 100 (41.4 over)
Taahir Teladia 35, Riaaz Teladia kekal 14, Zakariya Kloppers 14; Nik Azril Ariffin 3-11,
Aminudin Ramly 3-28, Faruq Hakimin Azmi 2-12.

Melayu Malaysia  102-3 (25.5 over)

Shafiq Sharif kekal 47, Faris Almas-Lee 15.

Pengadil: Ashish Kale (IND); Sri Murigak Madhavan (MAS)

Pencatat: Tomas Labe (MAS)

Pemain terbaik: Nik Azril Ariffin (Melayu Malaysia)

Pemain terbaik kejohanan: Shafiq Sharif (Melayu Malaysia)

BARISAN Melayu Malaysia dengan megah menayangkan pingat kejuaraan serta Trofi Melayu Antarabangsa telah menumbangkan Melayu Afrika Selatan dengan tujuh wiket dalam acara senior di Bayuemas Oval, semalam. - Gambar ASWAD YAHYA

BARISAN Melayu Malaysia dengan megah menayangkan pingat kejuaraan serta Trofi Melayu Antarabangsa telah menumbangkan Melayu Afrika Selatan dengan tujuh wiket dalam acara senior di Bayuemas Oval, semalam. - Gambar ASWAD YAHYA