Melayu Malaysia juara bahagian remaja

PASUKAN bawah 15 Melayu Malaysia bersama pegawai bergambar dengan pingat kejuaraan apabila memenangi gelaran remaja saingan Trofi Melayu Antarabangsa IX di Bayuemas Oval, 25 Disember. - Gambar ASWAD YAHYAKUALA LUMPUR -  Melayu Malaysia kembali menguasai acara remaja; bawah 15 setelah menyingkirkan Singapura dengan 56 larian dalam babak akhir saingan kriket Trofi Melayu Antarabangsa IX di Bayuemas Oval, 23 Disember 2010.
 
Setelah kejuaraan berpindah pada pertarungan di Colombo, Sri Lanka dua tahun lepas, Melayu Malaysia yang mengumpulkan angka membimbangkan; 126 larian, bangkit menguasai sesi memadang dengan membenam Singapura setakat 70 larian dalam 31 over.

 

''Tidak disangka kami kembali menguasai perlawanan yang sudah hampir menghadiahkan gelaran kepada lawan,'' kata pengurus pasukan Mohsain Hashim.
 
Pembaling separuh pantas, Nasiruddin Mazlan meratah empat wiket Singapura untuk bermegah dengan 4-17.


KEPUTUSAN BABAK AKHIR

BAWAH 15

Melayu Malaysia kalahkan Singapura dengan 56 larian.

Melayu Malaysia 126 (38.3 over)

Che Wan Razlan Zalati 27, Hamzimifzal Puad 27, Anwar  A. Rahman 26,               
Danial Emir Eizzat Fzulkifli 13. Simar Miglani 3-26, Vikas Rajgopal 3-30.

Singapura 70 (31 0ver)
Chirath  Gunasinghe 21, Rishabh Mundra 18; Nasiruddin Mazlan 4-17.

Pemain terbaik perlawanan akhir: Nasiruddin Mazlan (Melayu Malaysia)

Pemain terbaik kejohanan:  Vikas Rajgopal (Singapura)

Pengadil: Ashraf Karriem (RSA); Faizshal Niaz-Lyn (MAS)

PASUKAN bawah 15 Melayu Malaysia bersama pegawai bergambar dengan pingat kejuaraan apabila memenangi gelaran remaja saingan Trofi Melayu Antarabangsa IX di Bayuemas Oval, 25 Disember. - Gambar ASWAD YAHYA

PASUKAN bawah 15 Melayu Malaysia bersama pegawai bergambar dengan pingat kejuaraan apabila memenangi gelaran remaja saingan Trofi Melayu Antarabangsa IX di Bayuemas Oval, 25 Disember. - Gambar ASWAD YAHYA