Tertekan tetapi Melayu Malaysia janjikan kegarangan dalam babak akhir

BABAK memisahkan anak pancang untuk keputusan mati lari  ke atas pemukul bawah 15 Afrika Selatan sewaktu pertemuan dengan Melayu Malaysia di Bayuemas Oval, Klang pada 24 Disember. - Gambar IZHAM JAAFAR.KUALA LUMPUR - Tersentak dengan kekalahan 59 larian kepada Melayu Afrika Selatan di Bayuemas Oval pada 24 Disember, barisan bawah 15 Melayu Malaysia menjanjikan aksi lebih bertenaga dalam perlawanan akhir menentang Singapura di gelanggang sama keesokannya.
 
''Amat menyedihkan apa yang dirancang tidak menepati matlamat. Banyak tangkapan bolos dan sesi pukulan yang amat menyedihkan.

 

''Mereka perlu bangkit untuk memenangi kejuaraan dan tidak mengulangi kegagalan,'' kata pengurus bawah 15 Melayu Malaysia, Mohsain Hashim.
 
Membiarkan Afrika Selatan menguasai pukulan dengan 188-9 dalam peruntukan 40 over, barisan tuan rumah hanya membalas setakat 129.
 
Prestasi Singapura yang semakin meningkat terlalu membeban harapan skuad negara tetapi dua kemenangan ke atas republik berkenaan dalam pusingan awal boleh menjadi antara bekalan keyakinan.
 
Dalam acara senior, Melayu Afrika Selatan dan Singapura berkesudahan tanpa keputusan pada 24 Disember kerana hujan menghentikan babak yang nampaknya memberi kelebihan kepada pasukan dari seberang Tambak Johor itu.


KEPUTUSAN

BAWAH 15

Melayu Afrika Selatan kalahkan Melayu Malaysia  dengan 59 larian.


Melayu Afrika Selatan 188-9 (40 over)
Mogamat Ilyaas Damonse 58, Quaheem Kamish 37, Mogamat Ammar Dilraj 24, Amier Suheil Oliver 19; Anwar A. Rahman 2-26, Azwar Tajri 2-33.

Melayu Malaysia 129 (32.9over)

Che Wan Razlan Zalati 61, Noor Afif Saufee 16, Nasiruddin Mazlan 11;
Yusuf Jakoet 3-16,

Pemain terbaik: Mogamat Ilyaas Damonse (Melayu Afrika Selatan)

Pengadil: Hafiz Zaman Huri (MAS); Faizshal Niaz-Lyn (MAS)

SENIOR

Singapura dan Melayu Afrika Selatan tiada keputusan kerana hujan.

Singapura 185 (47.1 over)
Chetan Suryawanshi 74, Vikas Rajgopal 28,
Vinay Sanjay Rohira 23; Mogammad Firas Booley 5-18.

Melayu Afrika Selatan 62-7 (17 over)
Mogammad Firaas Booley 37; Karthik Suresh 3-22, Yusof Aslam 4-40.

Pengadil:
Ashraf Karriem (RSA); Batumalai Ramani (MAS)

JADUAL 25 DISEMBER
BABAK AKHIR BAWAH 15


Melayu Malaysia lwn Singapura
(Bayuemas Oval, 9.30 pagi)

JADUAL 25 DISEMBER
BABAK AKHIR SENIOR


Melayu Malaysia lwn Melayu Afrika Selatan
(Bayuemas Oval, 9.30 pagi)

 

BABAK memisahkan anak pancang untuk keputusan mati lari  ke atas pemukul bawah 15 Afrika Selatan sewaktu pertemuan dengan Melayu Malaysia di Bayuemas Oval, Klang pada 24 Disember. - Gambar IZHAM JAAFAR.

BABAK memisahkan anak pancang untuk keputusan mati lari  ke atas pemukul bawah 15 Afrika Selatan sewaktu pertemuan dengan Melayu Malaysia di Bayuemas Oval, Klang pada 24 Disember. - Gambar IZHAM JAAFAR.