Remaja Singapura hampiri matlamat ke pertemuan akhir

PEMUTAR kiri Afrika Selatan, Firaas Booley melakukan serbuan ke arah Shafiq Sharif dalam pertemuan acara senior di Bayuemas Oval pada 23 Disember 2010.  KUALA LUMPUR - Singapura semakin menghampiri kenyataan ke perlawanan akhir acara bawah 15 saingan kriket Trofi Melayu Antarabangsa IX dengan kemenangan tujuh wiket ke atas Melayu Afrika Selatan di Kinrara Oval pada 23 Disember 2010.

Dengan kegarangan gandingan wiket keempat berjumlah 120 larian antara Vikas Rajgopal dengan Mohan James D' Souza, Singapura meratah Afrika Selatan yang hanya berupaya mengumpulkan 132 larian menerusi 31.1 over.

Apa pun Afrika Selatan masih berbaki satu lagi perlawanan menentang Melayu Malaysia pada keesokan hari di Bayuemas Oval tetapi memerlukan kemenangan besar ke atas tuan rumah. Melayu Malaysia sudah layak ke pertemuan akhir itu.

 

''Kami mengharapkan apa yang dirancang akan menjadi untuk bertemu (Melayu) Malaysia dlam babak akhir Sabtu ini,'' kata pengurus Singapura, Mahesh Kumar.

Dalam perlawanan senior di Bayuemas Oval, Klang pula, Melayu Malaysia menang besar 171 larian ke atas Melayu Afrika Selatan dengan pembuka pukulan, Shafiq Sharif menghentam 123 larian. Pemutar sambilan, Nowira Zazmie A. Halim melonjakkan namanya apabila meratah empat wiket pelawat.

Dalam babak akhir bahagian senior Ahad ini, juga di Bayuemas Oval, kedua-dua pasukan akan berentap sekali lagi.


KEPUTUSAN

BAWAH 15

Singapura kalahkan Melayu Afrika Selatan dengan 7 wiket.

Melayu Afrika Selatan 132 (31.1 over)
Mogammat Ilyaas Damonse 23, Ridhaa Hendricks 19, Abdul Saleem Da Silva 17, Amier Suheil Oliver 15; Vikas Rajgopal 4-20.

Singapura 137-3 (25.1 over)
Vikas Raghavan Rajgopal kekal 86, Mohan James D’Souza 34.

Pemain terbaik: Vikas Rajgopal (Singapura)

SENIOR

Melayu Malaysia kalahkan Melayu Afrika Selatan dengan  171 larian.

Melayu Malaysia 266-5 (50 over)
Shafiq Sharif 123, Aminudin Ramly 43, Faris Almas-Lee 29, Faiz Mohd. Noor 29; Mogammad Firaas Booley 2-43.

Melayu Afrika Selatan 95 (30.3 over)
Riyaad Abrahams 31, Kalam Tarique 22, Tohir Abrahams 18; Norwira Zazmie A. Halim 4-8, Rashid Ahad 3-26, Suharril Fetri Shuib 2-21.

Pemain Terbaik: Shafiq Sharif (Melayu Malaysia)

PEMUTAR kiri Afrika Selatan, Firaas Booley melakukan serbuan ke arah Shafiq Sharif dalam pertemuan acara senior di Bayuemas Oval pada 23 Disember 2010.

PEMUTAR kiri Afrika Selatan, Firaas Booley melakukan serbuan ke arah Shafiq Sharif dalam pertemuan acara senior di Bayuemas Oval pada 23 Disember 2010.