Melayu Malaysia mara ke babak akhir

KUALA LUMPUR - Skuad bawah 15 dan senior Melayu Malaysia memastikan kemaraan ke babak akhir saingan merebut kejuaraan Trofi Melayu Antarabangsa IX setelah masing-masing menang dalam perlawanan ketiga pada 22 Disember.
 
Dalam pertemuan senior di Kinrara Oval, skuad utama menang selesa dengan lapan wiket ke atas Singapura setelah sasaran 156 larian diatasi dalam 34.4 over. Singapura cuma mampu mengumpulkan 155 larian.

 

Dalam acara bawah 15 di Bayuemas Oval, Klang, hujan yang mengganggu perlawanan tidak menafikan kemaraan Malaysia apabila mengatasi Singapura dengan 39 larian. Naib ketua, Azwar Tajri cemerlang di lapangan tengah dengan himpunan 50 larian.
 
Perlawanan akhir bagi acara bawah 15 pada 25 Disember manakala senior bertarung sehari kemudian di Bayuemas Oval.

 

KEPUTUSAN

BAWAH 15

Melayu Malaysia kalahkan Singapura dengan 39 larian mengikut kiraan Duckworth-Lewis.

Melayu Malaysia 184-8 (40 over)
Azwar Tajri 50, Noor Afif Saufee 41, Khairul Izuan Razman 38;
Karthik Suresh 4-30, Abihinav J. Raman 3-22.

Singapura 89-7 (24 over)
Archit Goenka 26, Narasimhan Narendran 14, Mohan James D’ Souza 13;
Nasiruddin Mazlan 4-23, Anwar A. Rahman 2-31.

Pemain terbaik: Azwar Tajri (Melayu Malaysia)

SENIOR

Melayu Malaysia kalahkan Singapura dengan 8 wiket.

Singapura 155 (49 over)
Chetan Suryawanshi 52, Vikas Raghavan Rajgopal 25, Prasheen Daniel Param 17, Karan Miglani 16;
Shahrulnizam Yusof 2-26, Nik Azril Ariffin 2-31.

Melayu Malaysia 156-2 (34.4 over)
Aminudin Ramly kekal 51, Faris Almas-Lee kekal 46, Shafiq Sharif 41.

Pemain terbaik: Aminudin Ramly (Melayu Malaysia)