Hujan lebat paksa keputusan seri

KEDUDUKAN cemas di lapangan tengah berikutan sesi balingan putar oleh penyerbu Malaysia di Bayuemas Oval, 20 Disember 2010. Penjaga wiket, Shafiq Sharif (dua dari kanan) bersedia di belakang kayu pancang. KUALA LUMPUR - Dua pertemuan kriket Trofi Melayu Antarabangsa IX yang diramalkan menghasilkan keputusan menarik berakhir dengan seri setelah hujan lebat menghentikan perlawanan pada 20 Disember 2010.
 
Dalam acara senior di Bayuemas Oval, Klang, Melayu Afrika Selatan yang mudah menumbangkan Singapura pada19 Disember, hanya melakukan 188 dalam 39 over sewaktu menentang Melayu Malaysia. Pemukul ketiga, Mogammad Firaas Booley terlalu yakin apabila mengumpulkan 65 larian.

 

Sebelum sajian tengah hari, Melayu Malaysia berkedudukan 27-1 dalam 8.4 over tetapi harapan untuk mengemudi keputusan tidak berhasil apabila hujan membanjiri gelanggang di Kampung Pendamar itu.
 
Dalam acara bawah 15 di Kinrara Oval, Singapura yang diketepikan Melayu Malaysia dengan empat wiket pada Sabtu lepas mengumpulkan 250-7 dan menghampiri kejayaan bertemu Melayu Afrika Selatan yang tergamam dengan 36-5 dalam  8.2 over. Apa pun berikutan padang basah, perlawanan gagal diteruskan.

 
KEPUTUSAN:
BAWAH 15


Singapura dan Melayu Afrika Selatan seri kerana hujan.

Singapura 250-7 (40 over)
Abhiraj Rajdeep Singh kekal 73, Mohan James D’Souza 63, Vikas Raghavan Rajagopal 45, Karthik Suresh 24; Quaheem Kamish 2-43.

Melayu Afrika Selatan 36-5 (8.2 over)
Mogamat Ammar Dilraj 13; Mohan James D’Souza 4-12.

Pengadil: Hafiz Zaman Huri (MAS) & Faizshal Niaz-Lyn (MAS)

SENIOR

Melayu Malaysia dan Melayu Afrika Selatan seri kerana hujan

Melayu Afrika Selatan 188 (39 over)
Mogammad Firaas Booley 65, Tohir Abrahams 25, Daghlaan Fakier 23; Shahrulnizam Yusof 2-27, Suhairril Fetri Shuib 2-37, Nik Azril Arifin 2-38.

Melayu Malaysia 27-1 (8.4 over)
Faiz Mohd. Noor kekal 17.

Pengadil: Ashraf Karriem (RSA) & Batumalai Ramani (MAS)

KEDUDUKAN cemas di lapangan tengah berikutan sesi balingan putar oleh penyerbu Malaysia di Bayuemas Oval, 20 Disember 2010. Penjaga wiket, Shafiq Sharif (dua dari kanan) bersedia di belakang kayu pancang.

KEDUDUKAN cemas di lapangan tengah berikutan sesi balingan putar oleh penyerbu Malaysia di Bayuemas Oval, 20 Disember 2010. Penjaga wiket, Shafiq Sharif (dua dari kanan) bersedia di belakang kayu pancang.