Barisan remaja kekalkan kehebatan

KUALA LUMPUR - Skuad remaja Melayu Malaysia berupaya mempertahankan keselesaan apabila mengatasi Melayu Afrika Selatan dengan 30 larian dalam acara bawah 15 kriket Trofi Melayu Antarabangsa IX di Bayuemas Oval, Klang pada 19 Disember 2010.
 
Sehari sebelum itu,  barisan negara menumbangkan skuad kebangsaan Singapura dengan empat wiket di Kinrara Oval untuk mencerahkan peluang beraksi dalam perlawanan akhir di Bayuemas Oval, 25 Disember ini.


''Kami lebih tenang dan bersedia untuk perlawanan seterusnya pada 22 Disember,'' kata pengurus pasukan, Mohsain Hashim.
 
Dalam perlawanan senior, Singapura kalah teruk dengan Melayu Afrika Selatan apabila hanya mengumpulkan 71 larian di Kinrara Oval.
 
Zakariya Kloppers cemerlang selaku pembaling setelah meranapkan lima wiket skuad kebangsaan Singapura pada sesi serbuan pembukaan sebelah pagi.
 
''Kami berharap dapat mengekalkan pencapaian hebat ini sehingga babak akhir Ahad depan,'' kata pengurus Melayu Afrika Selatan, Fareed Abrahams.

KEPUTUSAN:
BAWAH 15


Melayu Malaysia kalahkan Melayu Afrika Selatan dengan 30 larian.

Melayu Malaysia 171-9 (40 over)
Hamzimifzal Puad  41, Noor Afif Saufee 37, Fauzan  Malik 18; Mogamat Ammaar Dilraj 2-18, Amier Suheil Oliver 2-28.

Melayu Afrika Selatan 141-8 (40 Over)
Mogamat Ilyaas Damonse 34, Ridhaa Hendricks 24, Tashreeq Adams 19, Mogamat Ammaar Dilraj 18; Faiz Ahmad Nasir 4-22, Danial Emir Eizzat Fzulkifli 2-18.

Pemain terbaik: Faiz Ahmad Nasir (Melayu Malaysia)

SENIOR

Melayu Afrika Selatan kalahkan Singapura dengan 8 wiket.

Singapura 71 (21 over)
Zakariya Kloppers 5-11, Riaaz Teladia 2-28.

Melayu Afrika Selatan 74-2 (10.2 over)
Mogammad Firaas Booley kekal 37, Muneer Alexander kekal 15.

Pemain terbaik:
Zakariya Kloppers (Melayu Afrika Selatan)