Melayu Malaysia menang perlawanan pembukaan

SEORANG lagi pemukul Singapura terkeluar hasil bola ditangkap kemas oleh sambar pertama Malaysia, NIk Azril Ariffin (dua dari kiri) dalam pertemuan di Bayuemas Oval, Klang pada 18 Disember 2010.KUALA LUMPUR - Melayu Malaysia memulakan saingan kriket Trofi Melayu Antarabansa IX dengan baik apabila pasukan bawah 15 dan senior memenangi pertemuan awal menentang Singapura pada 18 Disember 2010.
 
Dalam acara senior, Singapura ditumpaskan dengan lima wiket di Bayuemas Oval, Klang manakala barisan bawah 15 Melayu Malaysia mengalahkan Singapura dengan empat wiket di Kinrara Oval, Puchong.
 
''Permulaan yang baik dan kami mahukan kemenangan lagi apabila bertemu Afrika Selatan,'' kata naib presiden Persatuan Kriket Melayu Malaysia, Datuk Ar. Mir Shahariman Shaharuddin.
 
Singapura yang kalah dalam undian ternyata gagal menyempurnakan larian tinggi dalam sesi memukul dan memberi kelebihan kepada tuan rumah mencapai kemenangan awal.

KEPUTUSAN

BAWAH 15

Melayu Malaysia kalahkan Singapura dengan 4 wiket.

Singapura 129 (40 over)
Abhiraj Rajdeep Singh 33, Vikas Raghavan Rajgopal 28;
Azwar Tajri 3-30.

Malaysia 130-6 (38.4 over)
Azwar Tajri kekal 36, Noor Afif Saufee 27;
Simar Miglani 3-18, Mohan James D’Souza 2-22.

Pemain Terbaik: Azwar Tajri (Melayu Malaysia)

SENIOR

Melayu Malaysia kalahkan Singapura dengan 5 wiket.

Singapura 127 (36.3 over)
Chetan Suryawanshi 33, Vinay Sanjay Raaohira 31, Mohamed Shoib 18, Prasheen Daniel Param 10;
Shahrulnizam Yusof 3-15, Hazrul Zainal 2-20, Aliman Ahmad 2-25.

Melayu Malaysia 131-5 (20.1 over)
Aminudin Ramly 26, Suhairril Fetri Shuib 23, Faiz Mohd. Noor 23, Nik Azril Arifin 15;
Irfan Nasir Madakia 2-23, Yusof Aslam 2-28.

Pemain terbaik: Shahrulnizam Yusof (Melayu Malaysia)

JADUAL 19 DISEMBER:
BAWAH 15
Melayu Malaysia lwn Melayu Afrika Selatna
(Bayuemas Oval, 9.30 pagi)

SENIOR
Melayu Afrika Selatan lwn Singapura
(Kinrara Oval, 9.30 pagi)

SEORANG lagi pemukul Singapura terkeluar hasil bola ditangkap kemas oleh sambar pertama Malaysia, NIk Azril Ariffin (dua dari kiri) dalam pertemuan di Bayuemas Oval, Klang pada 18 Disember 2010.
SEORANG lagi pemukul Singapura terkeluar hasil bola ditangkap kemas oleh sambar pertama Malaysia, NIk Azril Ariffin (dua dari kiri) dalam pertemuan di Bayuemas Oval, Klang pada 18 Disember 2010.  

PEMUTAR kanan Malaysia, Nik Azril Ariffin menyerbu lawan dalam pertemuan dengan Singapura dalam acara senior di Bayuemas Oval, Klang.
PEMUTAR kanan Malaysia, Nik Azril Ariffin menyerbu lawan dalam pertemuan dengan Singapura dalam acara senior di Bayuemas Oval, Klang.