Peguam ketuai Kriket Kelantan

BARISAN ahli majlis Persatuan Kriket Kelantan bersama presiden baru, Azmi Mohd. Ali (barisan depan, tengah)TANAH MERAH - Peguam ternama, Azmi Mohd. Ali telah menerima mandat sebagai presiden baru Persatuan Kriket Kelantan dalam mesyuarat agung tahunan di sini 4 Disember 2010.
 
Azmi, 50, yang merupakan pengerusi kepada firma guaman Azmi & Associates telah menerima sokongan sebulat suara untuk mengetuai sebuah persatuan yang memiliki pasukan peringkat usia yang digeruni di Malaysia. Beliau juga ahli lembaga pengarah beberapa firma besar termasuk Sime Darby Berhad dan Chemical Company of Malaysia (CCM).
 
Turut diberi mandat menduduki kerusi majlis Kriket Kelantan ialah Timbalan Pegawai Jajahan Jeli, Nik Mohd. Azlan Abdul Hadi yang dipertanggungjawab sebagai naib presiden.
 
Setiausaha pula bertukar tangan kepada M. Hanuzi Zaharim manakala jawatan bendahari kekal disandang oleh Nik Tajuddin Majid. Penolong setiausaha ditugaskan kepada Pengerusi Teknik Kriket Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Kelantan (MSSK), Mat Rani Seman yang juga seorang pengadil bertauliah.
 
Antara ketetapan yang diambil dalam mesyuarat tahunan kelmarin ialah penyertaan Kelantan dalam saingan antara negeri merebut Perisai Raja-Raja Mac tahun depan.
 
''Ramai pemain belasan tahun hasil program Projek Kriket Nasional akan disenaraikan bertarung dalam kejohanan ternama ini,'' kata Azmi.
 
AHLI MAJLIS KRIKET KELANTAN:
 
Presiden: Azmi Mohd. Ali
Timbalan Presiden: Datuk Ibrahim Ismail
Naib Presiden: Nik Mohd. Azlan Abdul Hadi, Rosmanizam Abdullah
Setiausaha: M. Hanuzi Zaharim
Bendahari: Nik Tajuddin Majid
Penolong setiausaha: Mat Rani Seman
Ahli Majlis Biasa: Aziz Ja'afar, Sabri Nawi, Jusoh Deraman, Zaki Malik, Yusoff Abdullah, Zainuddin Harun, Sharifuddin Nawawi.
Juruaudit: Azri Hamzah, Zul Suberi Hassan.

BARISAN ahli majlis Persatuan Kriket Kelantan bersama presiden baru, Azmi Mohd. Ali (barisan depan, tengah)
BARISAN ahli majlis Persatuan Kriket Kelantan bersama presiden baru, Azmi Mohd. Ali (barisan depan, tengah)