MAJLIS MAKAN MALAM TROFI MELAYU ANTARABANGSA

LogoSEMUA ahli Persatuan Kriket Melayu Malaysia dijemput menghadiri jamuan makan malam sempena pertarungan kriket Trofi Melayu Antarabangsa IX yang akan berlangsung mulai 8 hingga 26 Disember 2010 di Bayuemas Oval dan Kinrara Oval.
 
Jamuan akan berlangsung berpandukan keterangan berikut:
 
Tarikh:  21 Disember 2010 bersamaan Selasa.
Mulai: 7.45 malam.
Tempat: Ballroom, Kelab Selangor Diraja (Dataran Merdeka).
Pakaian: Baju Melayu / batik dan bagi perempuan, kebaya atau kurung.
 
Harap dapat hubungi Batumalai Ramani di talian 03.21450000 untuk mengesahkan kehadiran.
 
Melayu Afrika Selatan, pasukan kebangsaan Singapura dan Melayu Malaysia bertanding dalam pertandingan tahun ini. Dua acara dipertandingkan, senior dan bawah 15.