SKUAD BAWAH 15 MELAYU MALAYSIA HARUNGI PERLAWANAN DI SRI LANKA

LogoBARISAN bawah 15 Melayu Malaysia bersama pegawai dan jurulatih sebelum berlepas ke Colombo pagi 24 November 2010.ENAM belas pemain bawah 15 Melayu Malaysia berlepas ke Colombo, Sri Lanka pada 24 November untuk menghadapi lapan babak persahabatan antarabangsa dengan pasukan tempatan di negara berkenaan.
 
Pasukan berkenaan di bawah pengawasan Cikgu Hafiz Ishak dari SMK Seri Pekan dan dibantu oleh penolong pengurus, Cikgu Mat Rani Seman dari Tumpat, Kelantan. Cikgu Mat Rani juga akan bertindak sebagai pengadil.
 
Dua jurulatih mengiringi skuad kental itu ialah Sarath Jayawardana dan Sujeewa Gunaratne.
 
''Ini merupakan rutin tahunan di mana skuad bawah 15 terdedah kepada permainan tahap tinggi dengan pasukan-pasukan utama Sri Lanka. Pendedahan ini dilakukan sejak tahun 1999 lagi,'' kata Setiausaha Kerja Persatuan Kriket Melayu Malaysia, Ahmad Harris Ismail.
 
Daripada senarai berkenaan, 14 pemain akan dikekalkan menyertai acara bawah 15 Trofi Melayu Antarabangsa IX bermula 18 hingga 26 Disember di Kuala Lumpur. Dua lagi pasukan dalam pertandingan itu ialah Melayu Afrika Selatan dan skuad kebangsaan Singapura.

 
BARISAN PEMAIN:
Che Wan Razlan Zalati, Azwar Tajri, Fauzan Malik, Mahadi Muda, Nasiruddin Mazlan, Khairul Izwan Razman, Sahrul Izuddin Mukhtar, Noor Afif Saufee, Daniel Emir Eizzat Fzulkifli, Hamizimifzhal Puad, Zul Hairy Jumakatim, Norhamizan Hamidon, Mahathir Razali, Faiz Ahmad Nasir, Anwar A. Rahman, Wafiq Irfan Zarbani.
 
JADUAL
25 November: Menentang Panadura (Bawah 15).
26 November: Menentang Panadura (Bawah 14).
27 November: Menentang Prince of Wales College.
29 November: Menentang Moratuwidyala.
30 November: Menentang St. Peters College
2 Disember: Menentang Mariyan Cooray Academy
3 Disember: Menentang St. Benedicts College
4 Disember: Menentang St. Thomas College

BARISAN bawah 15 Melayu Malaysia bersama pegawai dan jurulatih sebelum berlepas ke Colombo pagi 24 November 2010.

BARISAN bawah 15 Melayu Malaysia bersama pegawai dan jurulatih sebelum berlepas ke Colombo pagi 24 November 2010.