UWA Australia juara varsiti antarabangsa

LogoPASUKAN University of Western Australia bersama bersama Naib Canselor UKM, Prof. Tan Sri Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin, pegawai Kriket Melayu dan UKM di Bayuemas Oval, 5 Ogos 2010.KLANG - Pengumpulan angka rendah sememangnya tidak dapat membantu Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) untuk menguasai babak akhir Kejohanan Kriket Undangan Antara Varsiti Antarabangsa yang berakhir di Bayuemas Oval di sini 5 Ogos 2010.
 
Dengan hanya 109 dilakukan oleh tuan rumah, skuad University of Western Australia (UWA Australia) membalas dengan 115-4 dalam 28.5 over bagi mengatasi lawan dengan enam wiket walaupun turut cemas sebelum sajian tengah hari.
 
Gandingan wiket ketiga antara Faris Almas-Lee (31 larian) dengan Suhan Kumar Alagaratnam (33) dari kedudukan 22 hingga 83 memberikan keyakinan kepada tuan rumah setelah kehilangan dua wiket awal.
 
Tetapi malang menjejaki UKM apabila hilang semua pemukul pada kedudukan 109.
 
Anehnya pelawat juga tertekan apabila kehilangan wiket pada kedudukn 14, 32, 34 dan 43. Kemudian sebaik sajian tengah hari, misi memburu kejuaraan bagi mereka diselesaikan dengan hayunan enam oleh Steve Lukan menerusi balingan Aliman Ahmad.
 
''Saya faham pemain tertekan dalam babak akhir ini. Mereka perlu belajar untuk menguasai emosi dan tekanan seperti ini,'' kata Naib Cancelor UKM, Prof. Tan Sri Dr. Sharifah Hapsan Syed Hasan Shahabudin.
 

KEPUTUSAN BABAK AKHIR
 
University of Western Australia kalahkan Universti Kebangsaan Malaysia dengan 6 wiket.

Universiti Kebangsaan Malaysia 109 (31.4 over) Suhan Kumar Alagaratnan 33, Faris Almas-Lee 31;Tyrone Lopez 4-14; Stuart Nell 3-29, Peter Mizza 2-17.

University of Western Australia 115-4 (28.5 over) Steve Lukan kekal 50, Michael Smith 31, Josh Mangan  kekal 11; Shahrulnizam Yusof 3-23.

Pemain Terbaik: Steve Lukan (UWA)

Pemain Terbaik Kejohanan: Steve Lukan (UWA)

PASUKAN University of Western Australia bersama bersama Naib Canselor UKM, Prof. Tan Sri Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin, pegawai Kriket Melayu dan UKM di Bayuemas Oval, 5 Ogos 2010.
PASUKAN University of Western Australia bersama bersama Naib Canselor UKM, Prof. Tan Sri Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin, pegawai Kriket Melayu dan UKM di Bayuemas Oval, 5 Ogos 2010.
 
PEMBALING UKM, Aliman Ahmad melakukan balingan terakhir yang menghasilkan 14 larian untuk skuad lawan.
PEMBALING UKM, Aliman Ahmad melakukan balingan terakhir yang menghasilkan 14 larian untuk skuad lawan.
 
BARISAN University of Western Australia meraikan kegarangan mereka menjadi juara Kriket Undangan Antara Varsiti Antarabangsa di Bayuemas Oval, 5 Ogos 2010.
BARISAN University of Western Australia meraikan kegarangan mereka menjadi juara Kriket Undangan Antara Varsiti Antarabangsa di Bayuemas Oval, 5 Ogos 2010.

Final

Final