Wakil Sri Lanka di tangga ketiga

LogoKUALA LUMPUR - University of Colombo (UC Sri Lanka) melengkapkan cabaran pada Kriket Undangan Antara Varsiti Antarabangsa dengan menduduki tangga ketiga apabila menumbangkan University of Engineering & Technology, Pakistan (UET Pakistan) dengan sembilan wiket di Bayuemas Oval, Klang, 4 Ogos 2010.

Setelah membenarkan wakil Pakistan untuk memukul terdahulu, UC Sri Lanka mengehadkan pengumpulan larian lawan setakat 108 dalam 40.3 over. Angka berkenaan mudah dipintas skuad Sri Lanka itu dengan memastikan angka 112-1 dalam hanya 20.3 over.

Charith Hendawitharana yang bergaya dengan 57 larian dan meranapkan dua wiket lawan dipilih pemain terbaik perlawanan penentuan ketiga itu.

Sementara itu, di UKM Oval, Christ University dari Bangalore, India (CU India) mengatasi National University of Singapore (NUS Singapura) dengan 17 larian untuk menduduki tangga kelima.

Pertemuan akhir antara tuan rumah, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan University of Western Australia (UWA Australia) berlangsung pada 5 Ogos di Bayuemas Oval, Klang.

KEPUTUSAN

Penentuan tempat ketiga

University of Colombo kalahkan University of Engineering & Technology Pakistan dengan 9 wiket.

University of Engineering & Technology  108 (40.3 over) Muhammad Faseehullah kekal 21, Arfan Khan Lodhi 18, M. Hasan 14, Baber A. Sheikh 13; Charith Hendawitharana 2-14,  Mahesh Kodamullage 2-15,Tharindu De Silva 2-16, Tiron Madhusanka 2-26.

University of Colombo 112-1 (20.3 over) Charith Hendawitharana 57, Ashan Peiris kekal 37.

Pemain terbaik: Charith Hendawitharana (UC)

Tempat kelima

Christ University India kalahkan National University of Singapore dengan 17 larian.

Christ University 145 (41 over) Yash Chopra 22, Ankith Nagori 19,  Chetan Daga  kekal 16, Akshay Chopra 16; Sukrit Singh 3-22, Rajiv Chandrasekhar 2-28, Chaitanya Prashant 2-32.

National University of Singapore 128 (41 over) Vishnu Vardhan 28, Deepak Rajendran 16, Shriram Venkatesan 14; Pratik Bengani 2-10, Varun Vickraman 2-20, Akshay Chopra 2-25.

Pemain terbaik: Akshay Chopra (CU)

JADUAL BABAK AKHIR


Universiti Kebangsaan Malaysia lwn University of Western Australia
(Bayuemas Oval, 9.30 pagi)