UKM lawan UC Sri Lanka dalam separuh akhir

LogoKUALA LUMPUR - Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) membenam University of Engineering & Technology Pakistan (UET Pakistan) dengan lapan wiket untuk mengetuai kumpulan A dan akan bertemu University of Colombo dari Sri Lanka (UC Sri Lanka) dalam pertemuan separuh akhir 3 Ogos 2010 di Bayuemas Oval, Klang.
 
Dalam pertemuan tanpa diduga di Kinrara Oval di sini, UKM yang memadang pada sesi pagi memerangkap wakil Pakistan itu dengan hanya membenarkan lawan setakat 70 larian dalam 36.3 over. Skuad tuan rumah memintas hanya dalam 13 over dengan kapten, Ahmad Faiz M. Noor bertahan 27 tanpa tewas.
 
Di Bayuemas Oval, Klang pula, University of Western Australia (UWA Australia) tidak membenarkan UC Sri Lanka menguasai perlawanan setelah memaksa lawan di tangga kedua kumpulan B apabila menang dengan lima wiket.
 
UC Sri Lanka mencatur peluang dengan memukul terlebih dahulu tetapi tidak cukup garang apabila mengumpulkan 140 larian dalam 40.5 over.
 
UWA Australia akan bertemu UET Pakistan dalam satu lagi separuh akhir di Kinrara Oval.  
 
KEPUTUSAN
 
Universiti Kebangsaan Malaysia kalahkan University of Engineering & Technology Pakistan dengan 8 wiket.
 
UET Pakistan 70 (26.3 over) Baber Ahmed Sheikh 12, Shahrulnizam Yusof 4-15, Derek M. Duraisingam 2-14.

UKM 74-2 (13 over) Ahmad Faiz M. Noor kekal 27, Faris Almas-Lee 26.
 
Pemain terbaik: Shahrulnizam Yusof (UKM)

University of Western Australia kalahkan University of Colombo dengan 5 wiket.


University of Colombo  140 (40.5 over)
Charith Hendawitharana 58, Chamal Rajapaksa 19, Mahesh Kodamullage 15, Chathuranga Gunaratna 10. Steve Lukan 3-25, Nick Janes 3-27, Stuart Nell 2-18, Tyron Lopez 2-46.

University of Western Australia 141-5 (41.5 over)
Nick Janes 40, Steve Lukan kekal 38, Shandip Abeywihrema 27, Dave Aldridge 20.

Pemain terbaik: Steve Lukan (UWA)