UWA pastikan kemenangan mudah ke atas NUS Singapura
Saturday, 31 July 2010 19:27
BANGI - Pasukan pilihan, University of Western Australia (UWA Australia) mudah menyingkirkan National University of Singapore (NUS Singapura) dengan kemenangan mudah, 127 larian dalam saingan Kriket Undangan Antara Varsiti Antarabangsa di UKM Oval di sini, 31 Julai 2010.
Dengan kegagalan itu, NUS Singapura yang mengalami dua kekalahan akan bertemu Christ University dari India bagi penentuan tempat kelima di Kinrara Oval, Rabu ini.
Terdahulu skuad dari seberang Tambak Johor itu tumpas kepada University of Colombo (UC Sri Lanka) dengan 115 larian Khamis lalu.
UWA Australia menamatkan ining dengan mengumpulkan 248-8. Steve Lukan yang kemudian dinamakan pemain terbaik perlawanan melakukan 54 larian manakala dua lagi rakan sepasukan, Michael Smith dan Nick Janes masing-masing mengetuk 45 dan 42 untuk skuad Australia Barat berkenaan mengumpulkan angka tinggi itu.
NUS Singapura tidak tertahan dengan hanya mengumpulkan 121 larian dengan Ramaraja Pandian menyumbangkan 42 larian.

KEPUTUSAN
University of Western Australia kalahkan National University of Singapore dengan 127 larian.
University of Western Australia 248-8 (50 over) Steve Lukan 54, Micheal Smith 45, Nick Janes 42, Josh Mangan 32, Peter Mizza 28; Rajiv Chandrasekhar 3-46, Sukrit Singh 2-40, Rajasekaran Vignesh 2-45.
National University of Singapore 121-10 (33.3 over) Ramaraja Pandian 42, Roshan Anand 30; Nick Janes 3-25, Steve Lukan 2-23.
Pemain terbaik: Steve Lukan (UWA)