Kriket Twenty20 UKM

Kriket Twenty 20 UKMUKM buru satu lagi gelaran
 
Oleh TL ANG
 
GELARAN juara Kejohanan Kriket Antara Negeri berakhir kelmarin, sudah semestinya melonjakkan kegarangan skuad Universiti Kebangsaan Malaysia apabila bertarung dalam saingan Twenty20 UKM bagi merebut Piala Menteri Pengajian Tinggi bermula 10 hingga 15 Mac ini di Bayuemas Oval, Klang dan UKM Oval, Bangi.
 
Enam pasukan unversiti tempatan bertanding dalam pertandingan anjuran Universiti Kebangsaan Malaysia itu yang secara langsung memberi pendedahan pertandingan berformat 20 over yang menjanjikan pertemuan aksi tinggi membabitkan sebahagian besar pemain pelapis kebangsaan dan peserta antarabangsa yang menuntut di negara ini.
Pengarah pertandingan dan teknikal pertandingan, Fairus Shafie berkata, UKM yang merupakan pusat prestasi tinggi kriket di bawah program Persatuan Kriket Melayu Malaysia mengharapkan pendedahan itu sebagai persediaan pasukan Malaysia yang akan mengharungi kelayakan Twenty20 ke Sukan Asia di Guangzhou, China tahun depan.
 
''Sokongan positif daripada Naib Canselor UKM, Prof. Datuk Dr. Sharifah Hapsah (Syed Hasan Shahabudin) dan Menteri Pengajian Tinggi untuk pertandingan ini amatlah dialu-alukan dan kami yakin semua pasukan yang menyertai bakal memperoleh manfaat kelak,'' kata Fairus yang juga Pegawai Kanan Belia dan Sukan UKM.
 
UKM yang bertanding atas nama Selangor-UKM dalam saingan merebut Perisai Raja-Raja berakhir kelmarin di Bayuemas Oval bergaya dengan kemenangan satu wiket ke atas juara bertahan, Tentera dan kecemerlangan itu diyakini dapat digerakkan semula dalam Twenty20 kali ini.
 
Walaupun pertandingan itu memerlukan komitmen tinggi bagi mengumpulkan angka tinggi, UKM yang memiliki lapan pemain pelapis kebangsaan bertekad untuk membenam lawan walaupun bakal menghadapi risiko gangguan hujan minggu ini.
 
''Itulah sebabnya kami memindahkan jadual saingan awal ke Bayuemas Oval di Klang yang memiliki sistem perparitan terbaik dan kelengkapan padang kriket terhebat di Asia Tenggara,'' kata Fairus.
 
PEMBAHAGIAN KUMPULAN:
 
KUMPULAN A:
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
Universiti Teknologi Malaysia (UiTM)
Universiti Islam Antarabangsa (UIA)
 
KUMPULAN B:
Universiti Multimedia (MMU)
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)
Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
 
JADUAL:
 
10 Mac:
UKM lwn UiTM
(Bayuemas Oval, 10 pagi)
MMU lwn UTM (Bayuemas Oval, 2 petang)
 
11 Mac:
UKM lwn UIA
(Bayuemas Oval, 10 pagi)
MMU lwn UPNM
(Bayuemas Oval, 2 petang)
 
12 Mac:
UIA lwn UiTM
(Bayuemas Oval, 10 pagi)
UPNM lwn UTM
(Bayeumas Oval, 2 petang)
 
13 Mac:
Separuh akhir di Bayuemas Oval
(Mulai 10 pagi dan 2 petang)
 
14 Mac:
Penentuan ketiga di UKM oval mulai 10 pagi
 
15 Mac:
Babak akhir di UKM Oval mulai 10 pagi