UET Pakistan pula tumbangkan Christ University
Saturday, 31 July 2010 01:31
BANGI - Christ University dari India (CU India) menamatkan cabaran pusingan awal Kejohanan Kriket Undangan Antara Varsiti Antarabangsa tanpa kemenangan apabila tersungkur kepada University of Engineering & Technology dari Pakistan (UET Pakistan) dengan 67 larian dalam pertemuan di UKM Oval, Bangi pada 30 Julai.
Apa pun pasukan dari Bangalore itu akan bermain untuk penentuan tempat kelima di Kinrara Oval, 1 Ogos ini sekali gus memastikan mereka bukan penghuni tercorot saingan.
Bermain atas lapangan tengah rumput tiruan, UET Pakistan mengumpulkan 215-9 dalam peruntukan 50 over dengan Raihan A. Hakim mengetuk 66 bersama Irfan Khan Lodhi melakukan 56.
CU India cuma bertahan setakat 148 larian. Rahul Kothara berupaya menggenapkan 36; angka tertinggi bagi pasukannya.

KEPUTUSAN
University of Engineering and Technology, Pakistan kalahkan Christ University, India dengan 67 larian.
University of Engineering and Technology 215-9 (50 over) Raihan A. Hakim 66, Irfan Khan Lodhi 56, Syed Ahmad Ulbah 23, M. Faseeh Ulbah 15; Varun Vickraman 3-26, Jasmeet Singh 3-38, Ankith Nagori 2-30.
Christ University 148 (40.5 overs) Rahul Kothari 36, Ankith Nagori 33, Akash U. Jain 17; M. Jibran Shahzad 5-35, Raihan A. Hakim 2-16.
Pemain terbaik: M. Jibran Shahzad (UET Pakistan)