Gelaran keempat bagi SMK Penang Free

SKUAD SMK Penang Free meraikan kecemerlangan memenangi Piala Ketua Pengarah Pelajaran bagi tahun keempat berturut-turut di Bayuemas Oval, 25 Julai 2010.KLANG - Sekolah Menengah Kebangsaan Penang Free memastikan penguasaan tahun keempat berturut-turut pada Cabaran Kriket Projek Kriket Nasional apabila mengatasi Sekolah Menengah Kebangsaan Victoria, Kuala Lumpur dalam babak akhir di Bayuemas Oval, Klang berakhir 25 Julai 2010.
 
Walaupun gagal memenangi saingan secara mutlak , SMK Penang Free diisytiharkan juara setelah mengatasi ining pertama dalam pertarungan dua hari itu.
 
Dengan kelebihan itu, Piala Ketua Pengarah Pelajaran yang dijadikan rebutan kekal disimpan di Pulau Pinang sejak  tahun 2007. SMK Victoria menguasai pertandingan mulai 2004 hingga 2006.
 
''Ini merupakan kemenangan sungguh bermakna bagi saya. Kerja keras dan kesungguhan semua pihak telah memastikan kemenangan tahun keempat,'' kata Pengetua SMK Penang Free, Ramli Din yang berhasrat untuk bersara daripada perkhidmatan akhir tahun ini.
 
Perlawanan akhir yang turut dihadiri oleh Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom pada 25 Julai, telah membayangkan SMK Penang Free akan memenangi perlawanan dengan mudah hasil catatan 24 Julai  tetapi jatuhan wiket juara bertahan itu pada ining kedua amat membimbangkan.
 
Setelah mendahului dengan 98 larian berikutan SMK Victoria cuma menghimpun 108, SMK Penang Free digegar apabila kehilangan tiga wiket untuk 10 diikuti 78-7. Mereka amat bernasib baik apabila pemukul lewat, Ahmad Zahid Adnan (39) dan Nasiruddin Mazlan (21) meredakan suasana untuk skuad Pulau Pinang itu melakukan 107 sebelum hujan menghentikan perlawanan bagi memberi kelebihan kepada penyandang juara itu.

KEPUTUSAN:
 
SMK Penang Free juara berpandukan kepada kelebihan ining pertama.
 
Ining pertama:
SMK Penang Free 198 (60 over) Che Wan Razlan Zalati 78, Ahmad Zahid Adnan 40, Fikri Makram Rosdi 34, Nazril A. Rahman 15. Khairul Izuan Razman 2-10, Sivanantha G. Krishnan 2-19, Alif Safwan Zol 2-63.
SMK Victoria 108 (46.3 over) Fauzan Malik 37, Adzim Yahaya 17. Nasiruddin Mazlan 4-31, Tharma Raj Chandra Mohan 4-33, Nazril A. Rahman 2-23.
 
Ining kedua:
SMK Penang Free 107 (48.5 over) Ahmad Zahid Adnan 39, Nasiruddin Mazlan 21, Norharif Hamidon 3-33, Alif Safwan Zol 2-4, Khairul Izuan Razman 2-19, Noor Afif Saufee 2-29.
 
Pemain terbaik kejohanan: Fikri Makram Rosdi (SMK Penang Free)
Pengadil: Faris Almas-Lee (KL), Hafiz Zaman Huri (NS)
Pencatat: Fauzi Ariffin (NS)

SKUAD SMK Penang Free meraikan kecemerlangan memenangi Piala Ketua Pengarah Pelajaran bagi tahun keempat berturut-turut di Bayuemas Oval, 25 Julai 2010.
SKUAD SMK Penang Free meraikan kecemerlangan memenangi Piala Ketua Pengarah Pelajaran bagi tahun keempat berturut-turut di Bayuemas Oval, 25 Julai 2010.
 
PASUKAN SMK Victoria, Kuala Lumpur bergambar bersama Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom (berdiri, lapan dari kiri) serta pegawai sebaik sahaja menerima kalungan pingat selaku naib juara.

PEMAIN SMK Penang Free bersama Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom (berdiri, empat dari kiri) dan pegawai di Bayuemas Oval pada 25 Julai 2010.
PEMAIN SMK Penang Free bersama Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom (berdiri, empat dari kiri) dan pegawai di Bayuemas Oval pada 25 Julai 2010.
 
KAPTEN SMK Penang Free, Fikri Makram Rosdi menerima Piala Ketua Pengarah Pelajaran daripada Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom.
KAPTEN SMK Penang Free, Fikri Makram Rosdi menerima Piala Ketua Pengarah Pelajaran daripada Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom.
 
KETUA pasukan SMK Victoria, Faizshal Niaz-Lin menerima trofi naib juara daripada Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom.
KETUA pasukan SMK Victoria, Faizshal Niaz-Lyn menerima trofi naib juara daripada Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom.