Perhitungan sejati musim ketujuh
Thursday, 01 July 2010 14:00
KUALA LUMPUR - Musim ketujuh saingan Projek Kriket Nasional bagi merebut Piala Ketua Pengarah Pelajaran akan menampilkan ‘jaguh berkuasa besar’ apabila dua pasukan yang berentap dalam babak akhir ini sudah tiga kali bergelar juara sejak pertandingan dimulakan pada tahun 2004.
Sekolah Menengah Kebangsaan Victoria, Kuala Lumpur mengungguli pertandingan sehingga tahun 2006 manakala SMK Penang Free pula menguasai saingan dari 2007 hingga 2009.

Sehingga ke hari ini, ramai beranggapan SMK Penang Free mampu meratah SMK Victoria dalam babak akhir di Bayuemas Oval pada 24 dan 25 Julai 2010 berpandukan keperkasaan barisan skuad utara itu tetapi kehadiran bintang-bintang muda bagi kumpulan dari Kuala Lumpur ini masih boleh meresahkan impian juara bertahan itu.
Dalam pertemuan pusingan awal, SMK Tinggi Kajang yang rata-rata dibarisi pemain muda masih belum berkemampuan mara tetapi bagi musim depan, mereka adalah antara pencabar yang berkemampuan ke babak akhir.
Mengepalai skuad SMK Penang Free ialah ketua pasukan yang juga pemukul pembukaan serba perkasa, Fikri Makram Rosdi di samping pembuka balingan, Nazril A. Rahman serta Tharma Raj Chandra Mohan. Lain-lain pemain termasuk barisan bawah 16 kebangsaan, Ahmad Tajudin Ismail, Fadzrin Kate-Lee, Che Wan Razlan Zalati dan Nasiruddin Mazlan.
SMK Victoria akan diketuai oleh pemain bawah 17 negara, Faizshal Niaz-Lyn bersama senarai pemain bawah 15 nasional seperti Fauzan Malik, Azwar Tajri, Noor Afif Saufee, Hamzimifzal Puad dan Daniel Emir Eizzat Fzulkifli.
‘’Kami yakin saingan tahun ini tidak akan berat sebelah. Siapa menang tidak menjadi soal tetapi perhitungan membentuk kejuaraan sebenar dianggap keutamaan,’’ kata Ahli Majlis Persatuan Kriket Melayu Malaysia, Mohidin Hashim.
SMK Penang Free dilatih oleh Sarath Jayawardana dari Sri Lanka manakala SMK Victoria oleh SM Mortuza Raihan dari Bangladesh.
Dengan sokongan tiga Ketua Pengarah Pelajaran sehingga sekarang; Tan Sri Rafie Mahat, Datuk Ahamad Sipon dan seterusnya Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom, keberkesanan pembangunan kriket terus memuncak terutama sekali perhitungan sekolah-sekolah Projek Kriket Nasional yang memiliki pemain bertaraf tinggi.

JADUAL BABAK AKHIR
SMK PENANG FREE lwn SMK VICTORIA
(Bayuemas Oval, mulai 10 pagi 24 & 25 Julai)
AZWAR TAJRI (kiri) dari SMK Victoria merupakan pembaling dan pemukul yang berkemampuan menyaingi kegarangan SMK Penang Free. dalam babal akhir musim 2010.
AHMAD TAJUDIN ISMAIL... Penjaga wiket SMK Penang Free.
BARISAN SMK Penang Free bersama pegawai dan Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom (tengah) meraikan kecemerlangan menjadi juara tahun ketiga berturut-turut di Bayuemas Oval tahun 2009.