Kota Bharu pertahan kejuaraan

BARISAN Kota Bharu dan pegawai pasukan kegembiraan apabila skuad berkenaan melepasi angka Westlands dalam babak akhir Kejohanan Kriket Elit Bawah 12 Kebangsaan di Bayuemas Oval pada 20 Jun. KUALA LUMPUR – Perisai Tun Ahmad Sarji kekal menjadi simpanan Kota Bharu bagi tahun kedua berturut-turut apabila barisan dari Kelantan itu menumbangkan Westlands dari Pulau Pinang dengan tujuh wiket dalam babak akhir Kejohanan Kriket Elit Bawah 12 Kebangsaan di Bayuemas Oval, Klang pada 20 Jun.

Nyata keputusan Westlands yang memenangi undian dan memilih untuk memukul pada sesi pagi telah mengundang parah apabila mereka terjebak dengan hanya mengumpulkan 86 larian dalam peruntukan 25 over.

Kota Bharu memastikan kejuaraan ketiga dalam kejohanan yang dimulakan sejak tahun 1999 apabila melepasi sasaran dalam 18.5 over dengan pemukul pembukaan, Zaafarani Che Zalizan menyempurnakan 35 larian tanpa tewas.

‘’Kami melakukan percaturan silap tanpa mengambil kira ayunan bola dengan kelembapan sebelah pagi. Apa pun pemain telah melakukan yang terbaik apabila mara ke babak akhir buat kali pertama,’’ kata penyelaras Westlands, Khoo Khay Keat.

‘’Barisan pemain masih melakukan yang terbaik dan Kota Bharu pasti bekerja keras untuk terus mengekalkan prestasi tinggi dalam pembangunan kriket ini,’’ kata penyelaras Kota Bharu, Zainuddin Harun.


KEPUTUSAN BABAK AKHIR

Kota Bharu kalahkan Westlands dengan 7 wiket.
Westlands 86-7 (25 over)

Aiman Shahrir 29, Selva Kumaran Vadiveloo10; Irfan Hasim 3-16.

Kota Bharu 87-3 (18.5 over)
Zaafarani Che Zalizan kekal 35, Fatah Ibrahim 10.

Permain terbaik babak akhir: Irfan Hasim (Kota Bharu)

Pemain terbaik kejohanan: Amdam Wiliyoh (Pekan)

Pengadil: Hafiz Zaman Huri: Faizshal Niaz-Lyn

BARISAN Kota Bharu dan pegawai pasukan kegembiraan apabila skuad berkenaan melepasi angka Westlands dalam babak akhir Kejohanan Kriket Elit Bawah 12 Kebangsaan di Bayuemas Oval pada 20 Jun.

BARISAN Kota Bharu dan pegawai pasukan kegembiraan apabila skuad berkenaan melepasi angka Westlands dalam babak akhir Kejohanan Kriket Elit Bawah 12 Kebangsaan di Bayuemas Oval pada 20 Jun. 

PENYELARAS Westlands, Khoo Khay Keat kebimbangan apabila pemainnya gagal mengumpulkan angka tinggi dalam babak akhir di Bayuemas Oval.

PENYELARAS Westlands, Khoo Khay Keat kebimbangan apabila pemainnya gagal mengumpulkan angka tinggi dalam babak akhir di Bayuemas Oval.

BARISAN Kota Bharu bersama Tun Ahmad Sarji.

BARISAN Kota Bharu bersama Tun Ahmad Sarji.

PEMAIN dan pegawai Kota Bharu meraikan kecemerlangan menjadi juara Kejohanan Kriket Elit Bawah 12 Kebangsaan di Bayuemas Oval pada 20 Jun 2010.

PEMAIN dan pegawai Kota Bharu meraikan kecemerlangan menjadi juara Kejohanan Kriket Elit Bawah 12 Kebangsaan di Bayuemas Oval pada 20 Jun 2010.

PEMAIN Kota Bharu keriangan menayangkan pingat kejuaraan.

PEMAIN Kota Bharu keriangan menayangkan pingat kejuaraan.