Westlands, Kota Bharu ke babak akhir

PEMUKUL Kelab PJ, Hafizi Azami dengan aksi bergaya sewaktu menerima serbuan skuad Westlands di Bayuemas Oval pada 19 Jun. - Gambar M. Noor Mat AminKUALA LUMPUR - Kota Bharu amat bernasib baik untuk mengatasi Pekan dengan tiga wiket dalam separuh akhir di Bayuemas Oval pada 19 Jun; sekali gus mara lagi untuk mempertahankan kejuaraan Kejohanan Kriket Elit Bawah 12 Kebangsaan menentang Westlands dari Pulau Pinang keesokan hari.
 
Setelah bermula dengan perlahan dalam sesi mengejar sasaran, Kota Bharu yang bermain dalam babak petang sememangnya menghadapi kesukaran setelah kehilangan dua wiket awal. Pekan memukul terdahulu dengan menghimpun 105 larian.
 
Apapun aksi garang pemukul ketiga, Irfan Hasim yang mempelbagaikan pukulan telah melonjakkan angka juara bertahan dari Kelantan itu untuk memastikan peluang menghitungkan nasib dalam babak akhir lagi di gelanggang sama.
 
Pada sebelah pagi, Kelab PJ yang garang dalam pusingan awal kecundang kepada Westlands dengan lima wiket,
 
KEPUTUSAN SEPARUH AKHIR

Westlands kalahkan Kelab PJ dengan 5 wiket
Kelab PJ 123-8 (25 over)

Virandeep Singh 48, Roshan Senna Singh 15, Divakaran Santhosam 10.
Aiman Shahrir 2-15; Daniel Putra Kamaruddin 2-22.
Westlands 124-5 (24.3 over)
Daniel Putra Kamaruddin  34, Aiman Shahrir kekal 30, Moohanndass Rada Krishnan kekal 22. Divakaran Santhosam 2-20.
Pemain terbaik: Aiman Shahrir (Westlands)
Pengadil: Hafiz Zamanhuri; Fauzi Ariffin

Kota Bharu kalahkan Pekan dengan 3 wiket.
Pekan 105-7 (25 over)

Amdam Wiliyoh 29, Hafizuddin Juhari 11. Fahmi Azmin 2-10.
Kota Bharu 107-7 (24.3 over)
Irfan Hasim 21, Ezwan Jusoh 21, Fahmi Azmin 14. Aiman Jamil 2-17.
Pemain terbaik: Irfan Hasim (Kota Bharu)
Pengadil: Hafiz Zamanhuri; Fauzi Ariffin

BABAK AKHIR (20 JUN)

Kota Bharu lwn Westlands
(Bayuemas Oval, 10 pagi)

PEMUKUL Kelab PJ, Hafizi Azami dengan aksi bergaya sewaktu menerima serbuan skuad Westlands di Bayuemas Oval pada 19 Jun. - Gambar M. Noor Mat Amin
PEMUKUL Kelab PJ, Hafizi Azami dengan aksi bergaya sewaktu menerima serbuan skuad Westlands di Bayuemas Oval pada 19 Jun. - Gambar M. Noor Mat Amin