Kota Bharu terpaksa akur kehebatan Kelab PJ

KAPTEN Pekan, Amdam Wiliyoh bersedia untuk memukul bola serbuan Westlands dalam pertemuan di Bayuemas Oval pada 17 Jun.KUALA LUMPUR – Dua finalis tahun lepas, Kota Bharu dan Pekan akan berentap dalam separuh akhir Kejohanan Kriket Elit Bawah 12 di Bayuemas Oval pada 19 Jun.

Satu lagi pertemuan penentu itu adalah antara Kelab PJ dari Selangor menentang wakil Pulau Pinang, Westlands.

Kelab PJ menduduki tangga paling atas kumpulan A apabila menumpaskan Kota Bharu dengan 22 larian manakala Pekan mendahului kumpulan B apabila merekodkan kemenangan 11 larian ke atas Westlands.

‘’Harapan untuk mara ke babak akhir masih terbuka walaupun keputusan menyakitkan hati hari ini, Kami perlu bersedia dengan aksi terbaik kelak,’’ kata penyelaras Kota Bharu, Zainuddin Harun.

Dua lagi pertemuan pada 17 Jun memberi kelebihan kepada Kuala Langat yang menewaskan Kuala Krai dengan lapan wiket. Di Kinrara Oval, Kampung Gadong tumbang 10 wiket dengan Kota Kinabalu.


KEPUTUSAN

Pekan kalahkan Westlands dengan 11 larian
Pekan 134-3 (25 over)

Amdam Wiliyoh kekal 48, Hafizuddin Juhari 25, Aiman Jamil 15; Shaunvinder Singh Furrah 2-32.
Westlands 123-7 (25 over)
Zulkhairi Che Mi 21, Aiman Shahrir kekal 20, Shaunvinder Singh Furrah 16, Moohanndass Rada Krishnan 14; Amdam Wiliyoh 2-28.
Pemain terbaik: Amdam Wiliyoh (Pekan)
Pengadil: Hafiz Zamanhuri; Fauzi Ariffin

Kuala Langat kalahkan Kuala Krai  dengan 8 wiket
Kuala Krai 94-7 (25 over)

Bahaiqi Azlan 15, Faris Che Saari kekal 14, Zainul Abidin Nawi 12; Syafiqzul Hakeem Hussin 3-15, Hafiz Norhaizan 2-12.
Kuala Langat 95-2 (15.5 over)
Daniel Hafizi Awaluddin kekal 28, Syafiqzul Hakeem Hussin 26.
Pemain terbaik: Syafiqzul Hakeem Hussin (Kuala Langat)
Pengadil: Hafiz Zamanhuri; Fauzi Ariffin

Kelab PJ kalahkan Kota Bharu dengan 22 larian
Kelab PJ 121-7 (25 over)

Thinesh Balamurugan 17, Rohan Senna Singh 14, Arjun Mahesh 14; Fatah Ibrahim 2-21.
Kota Bharu 99-10 (24 over)
Zaafarani Zalizan 26, Fadli Haris Rahman kekal 17; Divakaran Santhosam 3-21, Roshan Senna Singh 2-9, Arjun Mahesh 2-20.
Pemain terbaik: Divakaran Santhosam (Kelab PJ)
Pengadil: Faizshal Niaz-Lyn; Aliman Ahmad

Kota Kinabalu kalahkan Kg. Gadong dengan 10 wiket.
Kg. Gadong 24-10 (10.5 over)

Ghull Labshah Hussin 4-11, Trisman Rudi 3-11.
Kota Kinabalu 25-0 (4.3 over)
Sudarmin Darwis kekal 9.
Pemain terbaik: Ghull Labshah Hussin (Kota Kinabalu)
Pengadil: Faizshal Niaz-Lyn; Aliman Ahmad

SEPARUH AKHIR

Kelab PJ lwn Westlands
(Bayuemas Oval, 9.30 pagi)

Kota Bharu lwn Pekan
(Bayuemas Oval, 2 petang)

KAPTEN Pekan, Amdam Wiliyoh bersedia untuk memukul bola serbuan Westlands dalam pertemuan di Bayuemas Oval pada 17 Jun.

KAPTEN Pekan, Amdam Wiliyoh bersedia untuk memukul bola serbuan Westlands dalam pertemuan di Bayuemas Oval pada 17 Jun.