Empat pasukan sama ulangi kemaraan

KUALA LUMPUR – Pasukan sama dalam separuh akhir seperti musim lepas. Juara tahun lalu, Kota Bharu; naib juaranya, Pekan bersama Westlands dan Kelab PJ mara lagi ke separuh akhir Kejohanan Kriket Elit Bawah 12 Kebangsaan walaupun masih berbaki satu pertemuan pada 17 Jun.

Apa pun penentuan juara kumpulan masing-masing hanya dapat ditentukan apabila keempat-empat pasukan itu beraksi di dua gelanggang antarabangsa, Bayuemas Oval di Klang dan Kinrara Oval, Puchong.

Wakil Kelantan, Kota Bharu menang 44 larian ke atas Kampung Gadong dari Negeri Sembilan semalam manakala Westlands (Pulau Pinang) terlalu gagah buat Kuala Krai dari Kelantan. Kuala Langat dari Selangor yang pernah menjuarai dua kejohanan tersungkur kepada Pekan dengan tujuh wiket. Kelab PJ (Selangor) pula meratah Kota Kinabalu dengan 90 larian.

Pengurus Kelab PJ, Jagdev Singh mengakui skuad berkenaan merancang untuk mara ke babak akhir musim ini.

‘’Apa pun boleh berlaku dalam babak akhir dan tidak dapat dinafikan Kelab PJ memiliki pasukan yang kental tahun ini,’’ katanya.

KEPUTUSAN

Kelab PJ kalahkan Kota Kinabalu dengan 90 larian.
Kelab PJ 169-5 (25 over)

Roshan Senna Singh 46, Virandeep Singh 42, Divakaran Santhosam 17, Arjun Mahesh 12; Nadmeer bandan Rajah 2-41.
Kota Kinabalu 79-10 (16.3 over)
Shahrul Taha 4-10, Roshan Singh Senna 3-18, Divakaran santhosam 2-19
Pemain terbaik: Roshan Senna Singh (Kelab PJ)
Pengadil: Hafiz Zamanhuri; Fauzi Ariffin

Kota Bharu kalahkan Kg. Gadong dengan 44 larian.
Kota Bharu 128-7 (25 over)

Zaafaran Che Mohd. Zalizan 21, Kharul Husainie Rosli kekal 15, Ezwan Jusoh 12;
Faiz Kamaruzaman 3-14, Zuhair Nor Azmi 2-26
Kg. Gadong 84-10 (21.4 over)
Faris Zakaria 25; Fahmi Azmin 4-14, Syafizul Azlim Daros 3-16.
Pemain terbaik: Fahmi Azmin (Kota Bharu)
Pengadil: Hafiz Zamanhuri; Fauzi Ariffin
 
Westlands kalahkan Kuala Krai dengan 115 larian.
Westlands 177-2 (25 over)

Shaunvinder Singh Furrah kekal 84, Zulkhairi Che Mi kekal 53;
Nasharudin Che Wil 2-23.
Kuala Krai 62-9 (25 over)
Fariz Che Saari kekal 16, Zainul Abidin Nawi 10; Aiman Shahrir 3-3,
Zulkhairi Che Mi 2-15, Daniel Putra Kamaruddin 2-15.
Pemain terbaik: Shaunvinder Singh Furrah (Westlands)
Pengadil: Faizshal Niaz-Lyn; Aliman Ahmad

Pekan kalahkan Kuala Langat dengan 7 wiket.
Kuala Langat 107 (22.3 over)

Syafiqzul Hakeem Hussin 28, Hasif Norhaizan 18, Ainul Zikri Zailani 16; Amdam Wiliyoh 3-14, Nizammudin Azhar 3-18, Nor Azizul Manan 2-13.
Pekan 108-3 (22.1 over)
Amdam Wiliyoh kekal 46, Aiman Azaman 14, Hafizzudin Juhari 13;
Pemain terbaik: Amdam Wiliyoh (Pekan)
Pengadil: Faizshal Niaz-Lyn; Aliman Ahmad