www.malaycricket.org.my
Kelantan bersedia jika MCA mampu anjur kejohanan
Sunday, 17 October 2021 21:31

TANAH MERAH - Kelantan akan menampilkan pasukan utamanya bersaing dalam liga kriket kebangsaan jika Persatuan Kriket Malaysia (MCA) berupaya menganjurkan semula pertandingan itu musim 2022.
''Kami ada ramai pemain senior untuk saingan antara negeri ini. Siapa kata Kelantan tidak berkemampuan? Tanya Presiden Kriket Kelantan, Datuk Azmi Mohd. Ali.
Terima kasih banyak-banyak Tun Ahmad Sarji
Monday, 30 August 2021 18:15

Oleh ROSMANIZAM ABDULLAH
Setiausaha Agung Kriket Melayu 1992-2021
Setiausaha Kewangan mulai 2021
APABILA jawatan timbalan yang dipertua tidak dicalonkan dalam mesyuarat agung tahunan Persatuan Kriket Melayu Malaysia pada 24 Mac 1996, nama Ketua Setiausaha Negara (KSN) ketika itu, Tan Sri Ahmad Sarji Abdul Hamid (kemudian Tun) telah dicadangkan.
Keesokan hari, Yang di-Pertuan Agong Tuanku Ja'afar yang merupakan Yang Dipertua Kriket Melayu menitahkan saya selaku setiausaha agung persatuan menghadap baginda untuk membincangkan calon jawatan No. 2 yang kosong itu.
Ahmad Sarji: Pemimpin luar biasa pelbagai bidang
Saturday, 28 August 2021 08:59

TUN AHMAD SARJI ABDUL HAMID meninggal dunia di Hospital Canselor Tuanku Muhriz di Cheras akibat komplikasi Covid-19 pada 1.40 pagi, 28 Ogos 2021.
Ahmad Sarji, 82, dimasukkan ke wad hospital berkenaan juga dikenali sebagai HUKM, pagi 3 Ogos 2021 apabila didapati positif wabak itu dan menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU) dua hari kemudian.
Persefahaman baharu dicapai UKM, Kriket Melayu
Tuesday, 10 August 2021 18:39

UNIVERSITI Kebangsaan Malaysia (UKM) telah mencapai persefahaman baharu dengan Persatuan Kriket Melayu Malaysia setelah selesai berbincang dalam sesi serius, 9 Ogos 2021.
Dalam pertemuan itu yang diketuai naib canselornya Prof. Datuk Dr. Ekhwan Toriman, UKM akan mengemukakan maklum balas mengenai keperluan Kriket Melayu di samping Pusat Sukan UKM akan menyuntik keseriusan dalam membangunkan semula kriket sebagai sebuah pusat prestasi tinggi.
Mass Yusof meninggal dunia
Friday, 23 July 2021 12:43

AHLI Persatuan Kriket Melayu Malaysia, Mohd, Yusof Abdul Wahid, 65, meninggal dunia pukul 8.30 pagi, 23 Julai 2021 akibat jangkitan Covid-19.
Bekas Ketua Unit Grafik Utusan Malaysia itu dimasukkan ke Hospital Ampang, Selangor pada 19 Julai sesudah demam selama seminggu. Isterinya, Zabedah Koming pula sedang dirawat di Hospital Selayang.
More Articles...
Page 19 of 131