www.malaycricket.org.my

Saidi Musa meninggal dunia

Thursday, 28 April 2022 22:46

PEMUKUL perkasa skuad kriket peringkat usia nasional awal 20-an, Saidi Musa meninggal dunia petang 28 April 2022 difahamkan terbabit dalam kemalangan. 

Saidi 36, bekas pelajar Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) telah mula bermain dalam skuad senior apabila membarisi pasukan Melayu Malaysia dalam liga utama kebangsaan tahun 2000 ketika berusia 14 tahun.

Baca lagi..

 

Kelab Aman taja gelanggang latihan untuk bangunkan kriket

Saturday, 22 January 2022 16:20

KELAB AMAN akan mempercepatkan lagi usaha mewujudkan semula gelanggang latihan kriket bagi menampilkan sebuah pusat pembangunan kumpulan bawah 12 tahun.

Bendahari Seksyen Kriket Persatuan Sikh Selangor yang mengendalikan kelab itu, Hussein Chou Abdullah telah berbincang dengan Setiausaha Agung Persatuan Kriket Melayu Malaysia, Najib Hassan mengenai program pembangunan itu yang akan dimulakan selewat-lewat Mac 2022.

Baca lagi..

 

Ramai perlukan kepakaran Kriket Melayu

Thursday, 13 January 2022 16:43

PERSATUAN Kriket Melayu Malaysia akan cuba memulihkan semula program pembangunannya jika ada pihak benar-benar mahukan kepakaran pertubuhan itu.

Naib yang dipertuanya, Datuk Seri Abdul Azim Mohd. Zabidi apapun berkata, program membangun dan melahirkan pemain tidak akan dikendalikan secara besar-besaran seperti dahulu.

''Kami akan bantu kumpulan yang benar-benar mahukan pemain yang berkualiti dapat dilahirkan,'' katanya.

Baca lagi..

   

Kriket Melayu hasilkan buku bergambar kisah Ahmad Sarji

Saturday, 01 January 2022 17:27

KUALA LUMPUR – Sebuah buku penceritaan bergambar mengenai pembabitan Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid sebagai Yang Dipertua Persatuan Kriket Melayu Malaysia telah dihasilkan.

Kriket Melayu menerbitkan pengisahan berkenaan sejak Allahyarham menganggotai persatuan itu sebaik sahaja menamatkan perkhidmatan dengan kerajaan pada tahun 1996 sehinggalah 28 Ogos 2021.

Baca lagi..

 

MCA bermegah tawan semua ‘stadium kriket’

Saturday, 04 December 2021 13:33

PERSATUAN Kriket Malaysia (MCA) semakin hampir mendapat pajakan Bayuemas Oval; sebuah gelanggang bertaraf antarabangsa yang diiktiraf Majlis Kriket Antarabangsa (ICC).

MCA akan mengendalikan oval yang dilengkapi pelbagai kemudahan itu pada Disember 2021 dan bakal bertungkus-lumus menyediakan padang permainan itu bagi pertandingan antarabangsa Januari 2022.

Baca lagi..

   

Page 18 of 131