www.malaycricket.org.my
Negeri Sembilan ke babak akhir bertemu Selangor
Saturday, 12 November 2022 20:48

NEGERI Sembilan memerangkap Kedah dengan tujuh wiket pada 12 November 2022 untuk mara ke babak akhir Kejohanan Kriket Antara Negeri bagi bertemu Selangor pada 26 November.
Aksi merebut Perisai Raja-Raja itu juga akan berlangsung di Kelab Aman, Kuala Lumpur turut membuktikan Negeri Sembilan sebagai pasukan pilihan sesudah memenangi semua perlawanan pusingan awal manakala Selangor di tangga kedua.
Bekas timbalan menteri sertai kepemimpinan Kriket Melayu
Sunday, 30 October 2022 17:16

BEKAS timbalan menteri, Tan Sri Dr. Suleiman Mohamed dipilih Naib Yang Dipertua Persatuan Kriket Melayu Malaysia dalam persidangan agung tahunannya di Rumah Kriket Melayu, 30 Oktober 2022.
Suleiman menang tanpa bertanding jawatan berkenaan bersama seorang lagi naib yang dipertua, Datuk Seri Abdul Azim Mohd. Zabidi.
Negeri Sembilan pertahan kegarangan
Saturday, 22 October 2022 18:22

NEGERI SEMBILAN mengetepikan Selangor dengan 60 larian untuk kekal sebagai pasukan pilihan memenangi kejuaraan Perisai Raja-Raja musim 2022.
Kejohanan Antara Negeri anjuran Persatuan Kriket Melayu Malaysia itu akan memastikan penentuan dua pasukan ke babak akhir apabila Kedah menunggu kehadiran Negeri Sembilan pada 12 November 2022; juga di Kelab Aman, Kuala Lumpur.
Selangor tipis atasi Kedah
Saturday, 08 October 2022 17:05

SELANGOR bermula baik walaupun dengan kemenangan tipis 15 larian ke atas Kedah dalam perlawanan pembuka tirai saingan kriket antara negeri bagi merebut Perisai Raja-Raja di Kelab Aman, Kuala Lumpur, 8 Oktober 2022.
Kedah yang memenangi undian dan bertindak untuk memadang berjaya mengehadkan pungutan Selangor hanya 127 larian dalam 28.2 over.
Penghargaan tinggi Kriket Melayu kepada Wan Mohd. Zahid
Friday, 16 September 2022 20:11

KETUA Pengarah Pelajaran tahun 1993 hingga 1997, Tan Sri Dr. Wan Mohd. Zahid Noordin meninggal dunia pada pagi 16 September 2022 di rumahnya di Kampung Tunku, Petaling Jaya berikutan sakit tua.
Naib Yang Dipertua Persatuan Kriket Melayu Malaysia itu masih diberi kepercayaan sebagai Pengerusi Yayasan SP Setia hingga ke akhir hayat selepas banyak berkhidmat dalam sektor korporat selepas persaraannya.
More Articles...
Page 16 of 131