www.malaycricket.org.my

UKM langkah kanan benam juara bertahan

Thursday, 03 December 2009 14:19

PEMUTAR kanan UKM, Nik Azril Ariffin menyerbu pemukul University of Colombo, Sri Lanka dalam pertemuan di Bayuemas Oval, 2 Disember.Oleh FERZALFIE FAUZI
This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it

KLANG – Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) amat bernasib baik apabila hanya menang dengan 15 larian ke atas juara bertahan, University of Colombo dari Sri Lanka dalam pertemuan hari kedua Kriket Undangan Antara Varsiti Asia di Bayuemas Oval, 2 Disember.

Setelah berhadapan dengan gangguan hujan pada sesi petang, pelawat yang disediakan kaedah Duckworth-Lewis dengan meletakkan sasaran 160 untuk menang dalam peruntukan 46 over itu telah menyaksikan pemukul pertengahannya gagal menggunakan peluang mempercepatkan larian pada pengakhiran pertemuan.

Baca lagi..

 

UKM mahu tingkat pencapaian

Wednesday, 02 December 2009 15:46

PEMUKUL keempat, Christ University, Jasmeet Singh terganggu dengan bola putaran sambil penjaga wiket University of Colombo, Chamal Rajapaksha bersedia di belakang kayu pancang. KUALA LUMPUR - Pasukan negara yang diwakili Universiti Kebangsaan Malaysia pada Kejohanan Kriket Undangan Antara  Varsiti Asia,  dilihat berpeluang menyerlah dalam pertandingan antarabangsa itu bermula 1 Disember.

Pengurusnya, Khairul Asyraf Rodhi  berkata, skuad negara yang dibarisi enam pemain  berpengalaman mampu menjanjikan  persembahan terbaik, sekali gus memberi  cabaran sebenar kepada wakil dari Sri Lanka, Bangladesh dan India .

Katanya, pasukan yang menggabungkan barisan  pemain kebangsaan dan  belia negara  bakal memantapkan lagi kekuatan skuad UKM.

Baca lagi..

 

Penjaga wiket Sabah meninggal

Tuesday, 01 December 2009 11:10

AKSI Sabarudin sewaktu beraksi untuk Sabah menentang Johor dalam Kejohanan Kriket Perisai Raja-Raja tahun 2003.TAWAU - Penjaga wiket kriket Sabah yang juga pemukul pembukaan disegani, Sabarudin A. Salam meninggal dunia Hospital Tawau di sini pada 30 November akibat barah hati.
 
Sabarudin, 40, meninggal seorang balu dan empat anak; seorang lelaki dan tiga perempuan yang masih bersekolah.

Baca lagi..

   

AIDILADHA

Thursday, 26 November 2009 09:28

WISHING YOU & YOUR FAMILY A BLESSED AIDILADHA

WISHING YOU & YOUR FAMILY A BLESSED AIDILADHA

 
 

SMK Penang Free masih bergaya

Monday, 16 November 2009 16:37

BARISAN SMK Penang Free yang memenangi tempat kedua saingan bawah 15 KAF berakhir 15 November di RSC Oval.KUALA LUMPUR – Tiga sekolah projek Persatuan Kriket Melayu Malaysia menafikan penguasaan keseluruhan barisan luar negara dalam saingan kriket bawah 15 KAF anjuran Persatuan Kriket Kuala Lumpur berakhir di sini 15 November.

Walaupun kejuaraan berpihak kepada skuad Foundation of Goodness (FOG) dari Sri Lanka, barisan Sekolah Menengah Kebangsaan Penang Free meratah sebelas mangsa sebelum tumpas dengan enam wiket kepada barisan berkenaan dalam babak akhir.

Baca lagi..

   

Page 122 of 131