www.malaycricket.org.my
Johor atasi Selangor; yakin bergaya dalam separuh akhir
Saturday, 05 August 2023 21:15

JOHOR BAHRU - Johor meraikan kemenangan ke atas Selangor dengan 117 larian dalam aksi kriket antara negeri; sekali gus menempatkan pasukan itu di tangga ketiga liga dalam pertemuan di Mutiara Rini, dekat sini, 5 Ogos 2023.
Dengan kemenangan besar itu, Johor akan bertemu Kelantan pada separuh akhir, 2 September 2023 di Kuala Lumpur. Walaupun tertiarap, Selangor masih layak untuk bertemu juara liga, Negeri Sembilan dalam satu lagi perlawanan pada 3 September bagi penentuan ke babak akhir.
NS bermegah di tangga paling atas liga
Saturday, 22 July 2023 20:56
KUALA LUMPUR - Juara bertahan, Negeri Sembilan mengetuai pusingan awal dengan menduduki tangga teratas liga pertarungan kriket antara negeri setelah mengetepikan Kelantan dengan hanya empat larian di Kelab Aman, 22 Julai 2023.
Dengan kemenangan itu, Negeri Sembilan akan bertemu sama ada Johor atau Selangor dalam separuh akhir awal September 2023.
Kelantan cemas sebelum menang
Saturday, 15 July 2023 20:33

KUALA LUMPUR - Kelantan menerima kejutan daripada Perlis walaupun menang dengan satu wiket dalam pertemuan mendebarkan pada saingan kriket antara negeri di Kelab Aman, 15 Julai 2023.
Berada pada kedudukan 93-7, Kelantan berhadapan tekanan menyeksa tetapi gandingan ketua pasukan Fikri Makram Rosdi (53 tanpa tewas) dan pemukul kesembilan Atif Asri (27) memastikan skuad timur itu bergaya dengan rekod tanpa kalah.
Perlis terpaksa akur kegarangan NS
Sunday, 09 July 2023 21:22

KUALA LUMPUR - Juara bertahan, Negeri Sembilan menang besar ke atas Perlis untuk bertahan sebagai pasukan amat digeruni dalam saingan kriket antara negeri dalam aksi di YSD-UKM Oval di Bangi, 9 Julai 2023.
Perlawanan yang dihadkan kepada 30 over berikutan gangguan hujan sebelah pagi telah memastikan pasukan pelawat tumbang dengan 154 larian selepas tuan rumah yang memenangi undian, memukul ke angka 274 untuk tiga wiket.
Dua perlawanan penentu peluang Kedah
Saturday, 08 July 2023 17:18

KUALA LUMPUR - Dua baki perlawanan bakal menentukan peluang Kedah untuk beraksi dalam separuh akhir kriket antara negeri sesudah menerima kekalahan ketiga berturut-turut dalam saingan merebut Perisai Raja-Raja di Kelab Aman, 8 Julai 2023.
Selangor memastikan dua mata penuh dengan kemenangan enam wiket ke atas pasukan dari utara itu yang rata-rata menampilkan ramai pemain muda sebagai usaha menyemarakkan peluang bersaing dengan pasukan senior.
More Articles...
Page 13 of 131