www.malaycricket.org.my

Kelab PJ mahu pertahan kegarangan

Monday, 24 May 2010 15:37

BARISAN Kelab PJ bersama jurulatih, MK Nathan (kiri) dan pengurus, Jagdev Singh (belakang, empat dari kanan).KUALA LUMPUR - Sejak menyertai pertandingan mulai tahun 1999, Kelab PJ dari Selangor bakal memastikan mereka masih bertahan sehingga babak separuh akhir saingan Kriket Elit Bawah 12 Kebangsaan bermula 15 hingga 20 Jun ini di dua gelanggang ternama, Bayuemas Oval, Klang dan Kinrara Oval di Puchong, Selangor.
 
Dengan tersenarai dalam kumpulan A bersama juara bertahan, Kota Bharu dan Kampung Gadong (Negeri Sembilan) serta Kota Kinabalu dari Sabah, Kelab PJ berazam untuk mengekalkan keperkasaan seperti tahun lalu untuk menjadi empat skuad terbaik daripada lapan pasukan yang mengambil bahagian.

Baca lagi..

 

Kriket Melayu berganding dengan persatuan negeri

Sunday, 23 May 2010 18:35

Presiden: Tun Ahmad Sarji Abdul HamidKLANG – Persatuan Kriket Melayu Malaysia memulakan projek pembangunan bersama persatuan negeri setelah program peringkat nasional bagi kumpulan menengah (intermediate) berjaya dilaksanakan.

Mengumumkan demikian, Presiden Persatuan Kriket Melayu Malaysia , Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid berharap program telah dilancarkan sejak Januari lalu di Kuala Lumpur dapat memberi peluang kepada pemain-pemain yang tidak dapat menyertai projek peringkat nasional.

Baca lagi..

 

Aksi berkualiti bagi musim ke-12

Tuesday, 18 May 2010 16:20

SKUAD Kota Bharu yang merangkul Perisai Tun Ahmad Sarji tahun 2009. KUALA LUMPUR - Saingan merebut Perisai Tun Ahmad Sarji bagi memburu mahkota kejuaraan kriket bawah 12 kebangsaan yang bermula 15 hingga 20 Jun ini akan berlangsung dengan penyenaraian semula lapan pasukan terbaik dalam program pembangunan Persatuan Kriket Melayu Malaysia.

Wakil Negeri Sembilan disenaraikan semula dengan penampilan Kampung Gadong dari Rembau manakala sebuah lagi wakil aktif dari Kelantan, Kuala Krai yang sentiasa bergabung dengan Kota Bharu dibenarkan bertarung menggunakan nama sendiri.

Baca lagi..

   

Kriket: Ramai sertai sesi latihan di Banting

Wednesday, 12 May 2010 17:02

ABDUL Talib Hamid melakukan pukulan pada majlis perasmian sesi latihan kriket di SK Klanang, Banting baru-baru ini.BANTING - Seramai 62 pemain bawah 12 tahun dari empat sekolah di sekitar Kuala Langat menyertai latihan berkelompok dalam Program Pembangunan Kriket Remaja kendalian Persatuan Kriket Melayu Malaysia mulai 11 hingga 16 Mei di padang Sekolah Kebangsaan Klanang di sini.
 
Pegawai Pelajaran Daerah, Abdul Talib Hamid merasmikan sesi latihan berkenaan yang turut dihadiri oleh pegawai pembangunan dan teknikal Kriket Melayu, Haris Abu Baker.

Baca lagi..

 

Kumpulan baru dalam MCA, pertukaran jawatan presiden dalam perancangan

Sunday, 02 May 2010 16:28

Pukulan SisiTAHNIAH kepada Persatuan Kriket Malaysia (MCA) berikutan pelantikan baru terhadap kekosongan jawatan majlis eksekutifnya pada 1 Mei 2010.

Kini jawatan timbalan presiden diisi oleh bekas Presiden Persatuan Kriket Kuala Lumpur, Wilfred Abraham. Dua kekosongan jawatan naib pula dipertanggungjawabkan kepada Asgari Mohd. Fuad Stephens; adik kepada pemegang jawatan terdahulu yang meninggal dunia tahun lepas, Affendi. Satu lagi jawatan itu  kepada Setiausaha Kriket Kuala Lumpur, Devindran Ramanathan. Bagi kekosongan ahli majlis eksekutif, V. Vijayalingam, Setiausaha Kriket Sarawak mengisinya.

Baca lagi..

   

Page 115 of 131