www.malaycricket.org.my
Kelantan kalah teruk
Sunday, 10 September 2023 07:53

KUALA LUMPUR — Kelantan yang rata-rata membariskan pemain peringkat sekolah dibenam Negeri Sembilan dengan sembilan wiket dalam babak akhir Kejohanan Kriket Antara Negeri di Kelab Aman, 9 September 2023.
Dengan berbekalkan ramai pemain antarabangsa berpengalaman seperti Nik Azril Ariffin, Shafiq Sharif, Azwar Tajri dan Ammar Zuhdi Hazalan, juara bertahan itu memastikan lawan hanya mengetuk setakat 58 dalam 13.5 over.
Tunku Ampuan Najihah mangkat
Friday, 08 September 2023 17:52

KUALA LUMPUR — Tunku Ampuan Najihah Tunku Besar Burhanuddin mangkat pada pagi, 8 September 2023 di Hospital Cardiac Vascular Sentral di sini.
Baginda ialah Raja Permaisuri Agong X dan Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan dari 1967 hingga 2008.
NS, Kelantan berentap dalam perlawanan akhir
Sunday, 03 September 2023 16:19

KUALA LUMPUR - Negeri Sembilan mengharungi laluan mudah ke perlawanan akhir apabila membenam Selangor dengan sembilan wiket dalam separuh akhir Kejohanan Kriket Antara Negeri di Kelab Aman, 3 September 2023.
Juara bertahan itu akan bertemu Kelantan yang menyingkirkan Johor di gelanggang sama, 2 September 2023.
Kelantan menang besar untuk ke babak akhir
Sunday, 03 September 2023 13:43

KUALA LUMPUR — Kelantan mara ke babak akhir Kejohanan Kriket Antara Negeri apabila dengan mudah membelasah Johor dengan 186 larian dalam pertemuan separuh akhir di Kelab Aman, 2 September 2023.
Setelah memenangi undian, Kelantan yang memilih untuk memukul memastikan pungutan sehingga melepasi angka 200 dalam 30 over.
Nazmir sertai majlis kecil pertandingan
Saturday, 02 September 2023 23:03

KUALA LUMPUR - Ahli Seumur Hidup, Nazmir Sungip dilantik Setiausaha Pertandingan Persatuan Kriket Melayu Malaysia berkuat kuasa serta merta.
Nazmir, 39, seorang akauntan menggantikan Samsyul Hisyam A. Manap yang terpaksa berhenti berikutan kerjaya baharunya yang mencabar.
More Articles...
Page 12 of 131