www.malaycricket.org.my

Penguasaan awal Sabah, Negeri Sembilan

Tuesday, 12 August 2025 17:06

KUALA LUMPUR - Dua pasukan pilihan, Negeri Sembilan dan Sabah melaksanakan penguasaan hari pembukaan Kejohanan Kriket Antara Negeri bagi merebut Perisai Raja-Raja, 12 Ogos 2025/

Di Kiara Oval, Kelab Selangor Diraja, Negeri Sembilan; johan enam tahun berturut-turut mengatasi Perlis dengan 56 larian. Di Kelab Aman pula, naib juara 2024, Sabah menangi aksi mendebarkan dengan dua wiket ke atas Selangor.

Baca lagi..

 

Hanya enam terbaik dibenarkan bersaing

Monday, 23 June 2025 11:34

KUALA LUMPUR - Persatuan Kriket Melayu Malaysia masih mengekalkan enam pasukan terbaik untuk beraksi dalam Kejohanan Kriket Antara Negeri bagi merebut Perisai Raja-Raja bermula 12 hingga 17 Ogos 2025.

Keenam-enam pasukan ialah Negeri Sembilan, Sabah, Pahang, Selangor, Perlis dan Angkatan Tentera.

Baca lagi..

 

Kejohanan besar untuk tampung gerakan pembangunan

Friday, 30 May 2025 19:27

KUALA LUMPUR - Persatuan Kriket Melayu Malaysia berhasrat untuk kembali menganjurkan dua pertandingan yang pernah popular sewaktu gigih melaksanakan pembangunan sebelum tahun 2017.

Saingan sekolah Projek Kriket Nasional bagi merebut Piala Ketua Pengarah Pendidikan (Pelajaran) yang memperuntukkan aksi dua ining dan permulaan pertandingan bawah 15 Trofi Tuanku Jaafar yang dihentikan pada 2018.

Baca lagi..

   

Hyderabad tersungkur ke tangga kedua

Thursday, 29 May 2025 21:57

KUALA LUMPUR - Seperti diduga, Sepang Rangers memenangi kejuaraan Cabaran Kriket Bawah 19 T20 Antarabangsa apabila membaham Hyderabad dengan 58 larian dalam babak akhir di Kelab Aman, 29 Mei 2024.

Walaunpun tidak mengumpulkan larian tinggi setakat 129-8 dalam peruntukan maksimum, skuad dari Selangor itu menghentikan pukulan lawan di angka 71 yang diselang-selikan dengan kontroversi bola perlawanan dan keputusan mati halangan kaki.

Baca lagi..

 

Sepang Rangers semakin bersemangat

Thursday, 29 May 2025 14:14

KUALA LUMPUR - Sepang Rangers dari Selangor memastikan kemenangan besar; 79 larian ke atas Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Abdul Samad dalam Cabaran Kriket Bawah 19 T20 Antarabangsa di Kelab Aman, 27 Mei 2025.

Kemenangan ini bermakna Sepang Rangers akan bersaing dengan skuad pelawat, Hyderabad dari India bagi penentuan babak akhir, 29 Mei 2025, berikutan kedua-dua pasukan memenangi semua perlawanan awal.

Baca lagi...

   

Page 2 of 131